SPECIAL ADS

7 Januari 2014

Harga barang naik, MTUC tuntut gaji minima RM1,200

gaji-minimum-1
07 Jan : Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menuntut kerajaan menaikkan kadar gaji minima dari RM900 sebelum ini kepada RM 1,200, kata Timbalan Presidennya Abdullah Sani.
“Perwakilan dalam mesyuarat MTUC 22 Disember 2013 lalu juga menggesa gaji minima RM900 di semenanjung Malaysia dan RM800 bagi Sabah dan Sarawak dikaji semula,” kata Abdullah kepada Keadilandaily.
“Dalam keadaan sekarang ketika harga barangan keperluan harian dan perkhidmatan tak menentu, kadar tersebut tidak relevan,” kata ahli parlimen Kuala Langat ini.
Abdullah (gambar) turut merujuk kepada laporan Bank Dunia pada 2013 yang menyatakan bahawa Malaysia mampu untuk melaksanakan gaji minima RM1,200 sebulan.
abdullah-saniBeliau turut menggesa elaun sara hidup (Cola) RM300 sebulan diberi kepada pekerja swasta dan kerajaan memandangkan kos sara hidup semakin meningkat.
“Elaun Cola diperkenalkan pada tahun 1974, ketika pentadbiran Tun Razak. Kita sekarang menuntut pula anaknya (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak) kembalikan hak pekerja,” kata Abdullah yang juga Pengerusi Kaukus Pekerja Parlimen Malaysia.
Kerajaan sebelum ini menangguhkan pelaksanaan gaji minima RM900 sebulan di Semenanjung dan RM800 di Sabah, Sarawak serta Labuan yang sepatutnya dikuatkuasakan mulai 1 Januari 2013

Tiada ulasan: