SPECIAL ADS

2 Disember 2014

Hutang Kerajaan Malaysia Disember 2014 (RM763 Bilion). Ringgit Malaysia Terus Jatuh Teruk (US$1=RM3.42). Malaysia, Negara Membangun Paling Terjejas di Asia.

hutang kerajaan
Hutang Kerajaan Malaysia Sehingga Disember 2014 (RM763.158 Bilion). Ringgit Malaysia Terus Jatuh Teruk (US$1=RM3.42) : Jikalau sesiapa yang ada beli barang di Siam, peniaga Siam pun sudah tidak mahu menerima duit Ringgit Malaysia (RM). Masakan tidak, jikalau dahulu Ringgit Malaysia dilihat “lebih mewah” di mata peniaga Siam. Sekarang ini tidak lagi….
Ini kerana nilai matawang Baht lebih tinggi daripada Ringgit Malaysia (RM). Jikalau bekeras juga mahu membayar dalam RM, harga barang yang dijual terpaksa dinaikkan sedikit nilainya bagi mengimbangi kadar tukaran asing kepada mereka.
Nilai matawang Asia termasuklah di negara Malaysia terus menjunam untuk bulan yang ketiga.
Kajian yang dilakukan oleh Merrill Lynch, Bank of Amerika melalui pakar ekonomi mereka, Dr. Chua Hak Bin yang berpengkalan di negara Singapura memberitahu disebalik trend harga minyak dunia turun sekarang ini, negara seperti Korea Selatan, Thailand begitu juga dengan negara Filipina cukup beruntung apabila perkembangan ekonomi di negara-negara ini cukup memberangsangkan.
KLIK SINI : Harga Minyak Malaysia (Rm2.30) Antara Terendah di Asia Tenggara. Indonesia, Singapura, China, Filipina, Vietnam, Thailand Pun Kalah Dengan Malaysia? Brunei Termurah!

Harga Minyak Dunia Jatuh : Malaysia VS Filipina VS Korea Selatan VS Singapura

Lagi Hasil Laporan Bank Of America
  • Harga minyak dunia turun 10% contohnya, pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi negara Thailand dan Korea Selatan telah naik 45 mata asas
  • Harga minyak dunia turun 10% contohnya, Filipina pula berjaya mencatatkan kenaikan 30 mata asas
    Ekonomi Korea Selatan akan catat kadar kenaikan terpantas sejak tahun 2011 iaitu 3.5% (2014) dan 3.6% (2015)
  • KDNK Thailand dijangka naik 4% pada tahun 2015
  • Malaysia? Malaysia yang memegang status sebagai negara pengeksport minyak merupakan satu-satunya negara membangun di Asia dan negara di Asia Tenggara yang paling terjejas teruk disebalik harga minyak dunia turun
Di bawah ini Berita Semasa telah sertakan sebagai rujukan untuk anda bagi tukaran matawang asing melibatkan kadar tukaran matawang asing bagi negara Singapura, Thaialnd, Filipina, Vietnam dan Korea Selatan.
KLIK setiap gambar di atas : Paparan tukaran matawang asing
Mengapa negara seperti Thailand, Korea Selatan dan Filipina yang beruntung disebalik harga minyak dunia turun?
Banyak negara-negara di Asia yang merupakan pengimport bersih minyak pada skala yang besar. Sudah pastinya harga minyak dunia turun memberikan manfaat yang cukup besar untuk negara mereka.
hutang negara
Berdasarkan semakan Berita Semasa kadar tukaran asing matawang Malaysia kepada USD begitu membimbangkan. Ini kerana dalam tempoh sekitar 4 tahun terakhir kadar tukarang matawang ringgit Malaysia telah mencatat trend penurunan terbesar sejak 15 Februari 2010.
Ini semua ada kaitan dengan pendapatan minyak yang semakin berkurang semenjak penurunan harga minyak dunia yang begitu mendadak sehingga telah mencecah ke paras trendah US$70 setong sekaligus kebolehmampuan kerajaan Malaysia mengurangkan hutang negara yang terus melonjak tinggi sekarang ini menyebabkan kebimbangan yang berterusan terhadap pasaran sediaada.
hutang malaysia
Keputusan OPEC yang terus berdegil untuk mengurangkan bekalan minyak mentah dunia menyebabkan kerajaan Malaysia di bawah pimpinan kerajaan Malaysia “pening kepala” sekarang ini.
P/S : Nasihat Berita Semasa kepada diri kami sendiri dan juga anda semua rakyat Malaysia “sediakan payung sebelum hujan
beritasemasa.com.my

Tiada ulasan: