Kerajaan Malaysia Bakal Hilang Pendapatan Sekitar RM25 Bilion (37%) Cukai, Dividen & Royalti Petronas. Masa Untuk Malaysia Berjimat Cermat, Tidak Boros! ; Semalam bersamaan hari isnin 1 Disember 2014 Indeks Bursa Saham Malaysia jatuh teruk untuk tempoh 23 bulan terakhir, apabila Petronas merancang untuk memotong perbelanjaan modal sejumlah 15%-20% daripada seumlah RM60 bilion yang bakal digunakan untuk tujuan projek-projek baru tahun 2015 kelak selepas OPEC terus berkeras tidak mahu menyekat…..lambakan minyak dunia pada ketika ini.
Ia sekaligus bakal menjejaskan pendapatan pendapatan syarikat-syarikat seperti Sapura Kencana, UMW Oil & Gas Corporation yang mana saham mereka turut jatuh disebalik pengumuman Petronas tersebut.
Selain syarikat-syarikat minyak yang cukup takut dengan pengumuman seperti ini, pastinya kerajaan Malaysia turut resah disebalik harga minyak dunia jatuh sekarang ini.
- CEO Petronas sendiri mengatakan setiap satu kenaikan 1 dolar setong harga minyak dunia, Petronas sejumlah RM1 bilion bagi keuntungan sebelum cukai
- Begitulah sebaliknya apabila harga minyak dunia jatuh 1 dolar ke satu dolar sekarang ini
- Kerajaan Malaysia cukup bergantung harap dengan keuntungan lumayan yang dinikmati syarikat Petronas.
Sejarah telah membuktikan, hasil usaha keras seluruh kakitangan dan keluarga besar Petronas cukup berjasa dalam membantu dalam jatuh bangun pembangunan negara.
- Projek-projek mega, Petronas bantu salurkan dana
- Jikalau ada syarikat yang berkepentingan rugi besar, Petronas tolong “bailout”
- Petronas untung besar, kerajaan Malaysia dapat meringankan sedikit beban untuk tujuan pengurusan negara
Hakikatnya, lebih separuh daripada pendapatan negara datangnya daripada Petronas.
KLIK SINI : Proton Mohon RM3,000 Juta (RM3 Bilion) Daripada Kerajaan Malaysia (MITI) & Petronas Bantu Syarikat Proton? Anda Setuju?
Peringatan Petronas Kepada Kerajaan malaysia : Cukai, Royalti & Dividen Bakal Dipotong!
Pasti disebalik harga minyak jatuh ini, Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Najib Razak pasti resah dan gelisah melihatkan situasi sekarang ini. Apatah lagi, Ketua pengawai Eksekutif (CEO) Petronas Datuk Shamsul Azhar Abbas mengingatkan kepada kerajaan Malaysia yang mana jikalau trend harga minyak dunia terus kekal sekitar antara US$70-US$75 setong pada tahun 2015 Petronas akan potong sehingga 37% pemberian sumbangan kepada kerajaan Malaysia….
- Petronas akan mengurangkan pemberian dividen kepada RM17 bilion
- Petronas akan mengurangkan pemberian cukai kepada RM17 bilion
- Petronas akan mengurangkan pemberian royalti minyak dan gas kepada hanya RM9 bilion
Berbanding RM29 bilion (sumbangan dividen), RM26 bilion (cukai), RM13 bilion (royalti minyak dan gas) untuk tahun 2014 ini daripada Petronas.
Sudah tiba masanya bukan sahaja rakyat Malaysia perlu berjimat cermat dan ikat perut bagi menghadapi gelombang ketidaktentuan ekonomi pada tahun 2015 kelak, kerajaan Malaysia juga perlu bersama-sama muhasabah diri dalam menguruskan dana dan wang negara.
Jangan biarkan rakyat Malaysia berkorban sendirian yang berisiko untuk terkorban dalam mengharungi beban kos sara hidup pada tahun hadapan. Apa kata dan pendapat anda pula? BS
KONGSIKAN & SEBARKAN...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan