Presidennya, Christopher Leong, berkata ianya sesuatu yang menyedihkan bagi negara ini apabila undang-undang penahanan tanpa bicara dikembalikan semula.
Undang-undang yang turut mengurangkan kuasa mahkamah yang diluluskan Dewan Rakyat itu juga ujarnya, memberikan pukulan hebat kepada kedaulatan undang-undang negara ini.
“Jenayah keganasan yang berlaku perlu mengikuti prinsip, seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah di mahkamah.
“Pindaan PCA itu akan menafikan hak asasi manusia yang dijamin Perlembagaan Persekutuan,” kata Christopher dalam satu kenyataan.
PCA diluluskan di Dewan Rakyat lewat malam semalam selepas menjalani perbahasan hangat sejak ianya dibentangkan.
Ahli Parlimen Pakatan Rakyat menentang keras undang-undang ini yang disifatkan bertentangan dengan keadilan sejagat dan cenderung untuk disalahgunakan.
Sejak mengalami proses pindaan sejak awal minggu lalu, Akta Pencegahan Jenayah (PCA) yang mengembalikan penahanan tanpa bicara selama dua tahun diluluskan Dewan Rakyat selepas tamat bersidang jam 1 pagi.
RINGKASAN KRONOLOGI SEPANJANG PERBAHASAN:
- Keputusan pengundian yang dibuat awal pagi turut menyaksikan beberapa Fasal yang di bawa oleh ahli Parlimen pembangkang ditolak dan pindaan diusulkan kerajaan diluluskan.
- Pembangkang dari Pakatan Rakyat (PR) membantah pindaan akta berkenaan atas alasan ianya menyalahi hak asasi manusia.
- Pemimpin Barisan Nasional (BN) menyokong pindaan berkenaan atas faktor keselamatan umum ekoran peningkatan kes jenayah bunuh dan kongsi gelap
- Selepas melalui proses perbahasan selama dua hari, sesi perbahasan yang bermula jam 4.30 petang semalam telah bersidang sehingga jam 1 pagi tadi selepas Dewan mengemukakan usul memberhentikan jam pada jam 11:59 malam.
- Cubaan ahli Parlimen PR untuk menghentikan bacaan kali kedua rang undang-undang pencegahan jenayah itu melalui usul belah bahagi - GAGAL kerana majoriti ahli Parlimen MENYOKONG pindaan berkenaan.
- Rang undang-undang berkenaan kemudiannya di bawa ke peringkat Jawatankuasa dan dibahaskan.
- Selain pemimpin politik, anggota badan pertubuhan bukan kerajaan dari Suara Rakyat Malaysia (Suaram) turut membantah pindaan akta berkenaan.
- Kumpulan berkenaan turut mengadakan demonstrasi di perkarangan Parlimen minggu lalu dan menyerahkan memorandum bantahan mereka kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
- Antara yang dilihat turut hadir sebelum proses pengundian bermula termasuklah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan