SPECIAL ADS

4 Oktober 2013

Internet M'sia masih 'separuh bebas'


04 Okt : Malaysia jatuh satu mata dalam tinjauan kebebasan Internet global berbanding tahun lalu, dan kekal "separuh bebas", menurut kajian Freedom House yang berpangkalan di Washington, Amerika Syarikat.

Malaysia mendapat 44 daripada 100 mata, dengan 0 mewakili paling bebas dan 100 paling tidak bebas. Tahun lalu Malaysia mendapat 43 mata.

NONEAntara semua negara di Asia, hanya Jepun dan Filipina disenaraikan dalam kategori bebas.

Kajian itu menyebut Malaysia mengawal kandungan politik, sosial dan agama.

Ia juga mendapati, manipulasi perbincangan atas talian oleh pengulas prokerajaan antara penyebab kejatuhan kedudukan Malaysia.

Penyebab lain termasuk penangkapan penulis blog dan serangan teknikal terhadap pengkritik kerajaan.

Sementara penembusan Internet pula didapati sebanyak 66 peratus daripada keseluruhan 29 juta rakyatnya dan kebebasan akhbar tidak bebas.

Freedom House menjalankan tinjauan di 60 negara di seluruh dunia.

Tiada ulasan: