SPECIAL ADS

17 Oktober 2013

Tidak perlu keluar Malaysia, hanya tinggalkan BN

Malaysia
17 Okt : Kita tidak perlu menanti PRU14 untuk tumbangkan kerajaan Najib. Kita boleh lakukannya sekarang. Biarkan Umno dan Barisan Nasional (BN) merasai penangan sokongan majoriti dan undi popular. Mereka menang kerana manipulasi persempadanan dan kepadatan pengundi yang tidak adil, masih tidak sedar diri. Pemimpin Umno masih angkuh dan membudak-budakkan orang lain.
Di Malaysia Timur, BN ada 47 kerusi Parlimen dan jumlah yang agak besar dalam tangan komponen bukan Umno. Jika parti-parti ini tinggalkan BN, bagaimana? Jeferey Kitingan dan tokoh Malaysia Timur yang lain hanya perlu berkerja ke atas parti ini untuk menumbangkan PM Najib. Tidak perlu keluar Malaysia kerana itu akan menjustifikasikan tindakan ketenteraan ke atas bangsa Malaysia sendiri.
Bayangkan jika Taib Mahmud hanya perlu neutral manakala semua parti bukan Islam lain keluar BN- BN akan hilang kuasa. Katalah 14 ahli Parlimen PBB berkecuali dan 11 Parlimen bukan Islam keluar BN. Jika keluar hanya akan membawa faedah kepada kaum mereka. Di Sabah pula jika 8 kerusi Parlimen bukan Umno keluar BN sudah ada 19 kerusi berpindah.
Jika PBB berkecuali sama seperti  BN hilang 14 Parlimen menyebabkan 33 kerusi perpindah. BN akan hanya tingal 100 kerusi dan apabila 33 ahli Parlimen bersekutu dengan 89 ahli Parlimen PR, sudah ada 122 kerusi. Jika 122 ahli Parlimen ini bersatu, BN sudah tidak bertahan lagi. Sebaik sahaja threshold in dicapai, berduyun ahli Parlimen Umno dan BN menyeberang. Bayangkan jika 7 ahli Parlimen MCA turut sama. Kiamat dunia bagi pencuri dan perasuah BN. Di kalangan 88 ahli Parlimen Umno itu pun kita boleh bincang. Kita boleh gunakan kaedah insentif atau ugutan.
Boleh kita lakukan begini? Mengapa tidak. Sebaik sahaja BN hilang sejumlah kerusi Parlimen, parti lain boleh jadi kerajaan. Banyak pembaikan kita boleh lakukan. Orang Melayu tidak perlu takut jika Umno ditewaskan. Selagi kerajaan yang ganti BN mempunyai majoriti pimpinan Melayu, itu sudah mencukupi. Jika mereka bertindak keluar BN kerana Najib pemimpin lemah, kerajaan kemungkinan tidak berkesudahan ini akan tumbang. Orang Islam minoriti dalam Sabah dan Sarawak, jika mereka tidak dengar suara hati majoriti, mereka pun akan lebur.
Jefrey kitingan berpendapat bahawa masanya sudah tiba untuk Sarawak dan Sabah memulakan perbincangan untuk keluar dari Malaysia. Ini cakap yang amat berani. Ia bertentangan dengan point 7 dalam 20-point memorandum dengan kerajaan Persekutuan. Percakapan mengenai secession mungkin seditious. Point 7 dengan jelas menyebut tidak ada hak keluar daripada Malaysia.
Kepada golongan pelampau di Semenanjung, kita perlu hormat point 1 perjanjian dengan Borneo Utara iaitu: sementara tidak ada tentangan kepada Islam sebagai agama kebangsaan Malaysia, di Borneo Utara tidak ada agama negeri dan segala peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia mengenai Islam tidak terpakai di Borneo Utara.
Kecuali perkara ini tidak difahami oleh pertubuhan right wing, maka Najib akan tunduk kepada desakan kumpulan seperti Perkasa dan yang lain.
Orang Sabah ada peluang membentuk sejarah baru tapi peluang tersebut dilepaskan dengan bersetia kepada BN. Ternyata keputusan tersebut tidak bijak sekarang. Sekarang rakyat Sabah kena buli. 
Di Sarawak, saya yakin PBB akan menggunakan segala kekuatan untuk menyekat Umno memasuki bumi Sarawak dengan perkembangan isu kalimah Allah ini.
Tapi, apa jadi jika percakapan Jeferey Kitingan membayangkan pandangan majority rakyat Sabah dan Sarawak daripada segi rohnya? Daripada segi roh, cakap Jeferey Kitingan adalah suara rakyat Sabah yang majoriti. Mereka mahukan hak keatas memerintah sendiri. Sabah dahulunya Borneo Utara dengan 20 point, Sarawak dengan 18 point. Semua perjanjian ini sepatutnya menjamin beberapa hak orang Malaysia Timur ke atas negeri mereka sendiri. BN tidak hormat kepada perjanjian ini. Ahli Parlimen Sarawak jangan ingat mereka selamat. Umno sentiasa mengintai untuk menggantikan PBB. PBB tidak cukup Bumiputera jika tidak ada Umno.
Saya tidak fikir isu kalimah Allah ini cukup besar untuk mendorong Jefrey cakap durhaka. Isu kalimah Allah hanya kemuncak rasa tidak puas hati yang legitimate bercampur dengan personal agenda Jefrey. Sebab itu sakit hati Jefery tidak dihalakan kepada mahkamah tapi kepada kelemahan kepimpinan Najib. Cakap ini bukan kerana mahkamah telah mengesahkan desakan puak pelampau Umno dan Islamis Umno mengenai penggunaan kalimah Allah. Adalah menjadi persepsi umum bahawa mahkamah di Malaysia senentiasa menyebelahi mereka yang berkuasa.
Jika Jeffrey dan MP Sabah dan Sarawak yang lain, berkerjasama dengan kumpulan selain BN, mereka boleh membantu kita mencapai objektif mencuci dan membersih insitusi kehakiman kita. Kerajaan baru hanya perlu memencenkan the top 15-20 judges dan kita mereformasikan judiciary dalam sekelip mata.
Jeffrey menyuarakan apa yang terpendam dalam hati rakyat Sabah. Penggunaan kalimah Allah ini penyebab rasa tidak puas hati rakyat Sabah megenai kelambatan dan tipu helah kerajaan BN menghormati 20 point memorandum. Proses memborneokan perkhidmatan awam di Sabah sengaja dilewatkan. Mustahil tidak ramai rakyat Sabah cerdik pandai yang boleh mengendalikan pentadbiran negeri itu.
Masih ada penyelesaian yang kurang ekstrem yang boleh MP Sabah dan juga Sarawak boleh gunakan. Tidak perlu keluar dari Malaysia. Mereka hanya perlu mengesahkan komitment kerajaan Malaysia menghormati 20 point agreement ketika masuk Malaysia dahulu. Jika kerajaan PM Najib mengheret kaki, ahli Parlimen Sabah dan Sarawak boleh berpakat dengan parti poitik lain. Masanya sudah tiba untuk forge new political alliances.
Penyelesian yang lebih baik ialah keluar dari BN, break ranks with BN. Jika MP Sabah dan Sarawak ada prinsip menghargai diri sendiri, mereka mesti berani break ranks dengan BN. Mengapa mahu bersama parti yang meminggirkan kamu? Parti dalam Pakatan Rakyat tidak ada masalah dengan penggunaan kalimah Allah oleh orang Kristian jika ia dipakai kepada memuja Allah yang satu.
Bahkan sesalan Jeffrey yang saya rasa dipersetujui oleh ramai MP Sabah dan Sarawak disebabkan Najib membisu seribu bahasa lidahnya kelu tidak terkata. Ini membuktikan bahawa Najib ialah seorang yang hipokrit dan seorang jurujual impian palsu dalam bentuk 1Malaysia yang sekarang digantikan dengan endess possibilities atau kemungkinan tidak berkesudahan. Kenapa kamu membiarkan rakyat Sabah dicandui dengan jualan impian palsu?
Minggu lalu, M Bakri Musa menulis sebuah artikel yang menyebut bahawa jika Najib mempunyai maruah, dia patut menyerahkan kerajaan ini kepada Tengku Razaleigh Hamzah. Soalan sama ada Najib ada maruah atau tidak bukan persoalan penting yang kita hendak bahas di sini; keluar dari BN sudah menjadi suatu political imperative. Sesalan dan ketidakpuasan hati yang bertimbun mesti dikeluarkan daripada tersemat dalam dada. Liberate yourselves from the clutches of an extremist party.
Mengenai mengapa Tengku Razaliegh dijadikan pilihan, Bakri Musa membahaskannya dengan panjang lebar. Tidak perlulah saya mengulanginya. Kenapa tidak join forces dengan Tengku Razaliegh Hamzah to forge a new Malaysia?
Sama ada tak ramai yang membaca nya atau ramai yang mengiktiraf kejituan penghujjahan tersebut, maka komen2 tidak ada banyak kelihatan. Sekarang ini peluang terbaik untuk ahli parlimen Sabah dan Sarawak mengadakan perbincangan dengan Tengku Razaleigh untuk memimpin suatu permuafakatan antara parti politik sepemikiran dan demokratik, untuk membentuk sebuah kerajaan yang baru.
Keputusan mahkamah Rayuan mengenai penggunaan kalimah Allah mesti the last straw that breaks the camel’s back. Bacul pemimpin Sabah dan Sarawak jika membiarkan perkara ini berlaku begitu sahaja.
Sebelum Sabah dan Sarawak masuk Malaysia pada 1963, pribumi sana yang beragama Kristian menggunakan nama Allah dalam kitab mereka. Orang Islam Sabah dan Sarawak tidak pun berasa apa-apa dengan penggunaan tersebut. Tidak ada pun kita lihat orang Islam di sana dianiayai dan diancam dan tidak dibenar menganut agama Islam. Bila Sabah dan Sarawak masuk persekutuan Malaysia, mereka dijanjikan pengekalan beberapa keistimewaan. Saya rasa orang Melayu yang berzaman bercakap mengenai hal keistimewaan tentu boleh identify dan relate dengan tuntutan kepada kerajaan supaya menghormati 20 point agreement dengan Malaysia Timur. Kenapa kita tidak boleh hormat tuntutan peribumi Sabah dan Sarawak mengenai keistimewaan?
Masalah di Sabah jika kita ikhlas mengakuinya, bermula apabila Umno masuk ke Sabah dan mengubah political dynamics di Sabah. Orang Islam sepatutnya kekal di bawah Usno atau mengembalikan Usno. Barulah Umno dan BN menghormati Sabah.
Orang Sarawak boleh belajar daripada apa yang terjadi di Sabah. PBB mesti berkerja keras jangan membenarkan Umno memasuki negeri tersebut. Apa yang Umno boleh lakukan yang tidak boleh dilakukan oleh PBB?
 – sakmongkol.blogspot.com,
* Penulis atau nama sebenarnya, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz ialah Ahli Parlimen Raub

Tiada ulasan: