SPECIAL ADS

20 Oktober 2013

Keputusan penuh pemilihan Umno 2013

20 Okt : Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno, Tan Sri Tajol Rosli Ghazali hari ini berkata parti Melayu itu akan menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menyiasat sebarang permasalahan yang timbul sepanjang proses pemilihan baru-baru ini.
Tajol Rosli berkata demikian di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semasa pengumuman penuh keputusan Ahli Majlis Tertinggi yang berlangsung semalam.
Jawatankuasa berkenaan yang akan dipengerusikan Setiausaha Kerja Umno, Datuk Abdul Raof Yusoh jelasnya akan mengambil tindakan susulan sekiranya permasalahan berkenaan mempunyai asas kukuh.
"Selepas pemilihan ini banyak masalah berkenaan pemilihan akan timbul, masalah yang timbul di cawangan dan bahagian sebagainya, pihak Majlis Tertinggi telah menubuhkan satu jawatan kuasa khas yang akan melihat kepada semua masalah yang timbul," katanya selepas selesai pengumuman keputusan berkenaan dibuat pada jam 6 petang tadi.
Berikut adalah keputusan penuh beserta undi bagi kedudukan Naib Presiden dan Ahli Majlis Tertinggi Umno Malaysia:
Naib Presiden Umno:
1. Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, 188
2. Datuk Seri Shafie Apdal, 177
3. Datuk Seri Hishammuddin Hussein, 101
4. Datuk Mukhriz Mahathir, 93
5. Datuk Seri Mohd Ali Rustam, 7
6. Tan Sri Isa Samad, 7
Kedudukan 25 Ahli Majlis Tertinggi Umno adalah seperti berikut:
1. Datuk Seri Mustapa Mohamad, 186
2. Datuk Seri Jamil Khir Baharom, 186
3.  Datuk Seri Idris Harun, 185
4. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, 184
5. Datuk Seri Idris Jusoh, 184
6. Datuk Seri Ahmad Shahbery Cheek, 181
7. Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, 181
8. Datuk Abdul Rahman Dahlan, 181
9. Datuk Hasan Malek, 168
10. Datuk Seri Shahidan Kasim, 166
11. Datuk Seri Muhammad Hassan, 165
12. Datuk Jamaluddin Jarjis, 161
13. Datuk Razali Ibrahim, 157
14. Datuk Seri Mahadzir Khalid, 155
15. Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, 146
16. Datuk Seri Annuar Musa, 143
17. Datuk Mohamad Puad Zarkashi, 127
18. Datuk Tajudin Abdul Rahman, 127
19. Datuk Azalina Othman, 119
20. Datuk Abdul Latif Ahmad, 115
21. Datuk Shamsul Anuar, 111
22. Datuk Bung Mohktar Radin, 104
23. Datuk Abdul Aziz Kaprawi, 101
24. Datuk Seri Rezal Merican Nainan Merican, 97
25. Sohaimi Shahdan, 90  

Tiada ulasan: