SPECIAL ADS

14 Oktober 2013

'Umno lingkup jika MT hanya cium tangan P

NONE
14 Okt : Veteran Umno Tan Sri Annuar Musa, yang bertanding kerusi Majlis Tertinggi (MT) Umno, mengetengahkan keperluan terhadap pemimpin yang tidak mengalami masalah rendah diri dalam parti itu.

"Namanya mesti jadi tinggi sungguh dan mesti jadi badan terdiri daripada ahli politik yang tiada rendah diri, kerana yang berdiri di depannya ialah perdana menteri dan timbalan perdana menteri.

"Kalau ada rendah diri, takut nak bersuara, siapa yang nak betulkan perdana menteri?" soal Annuar.

Annuar juga mengingatkan, rakyat memberikan mandat kepada parti dan tugas parti membentuk kerajaan.

"Kalau parti, terutamanya anggota tertinggi di majlis tertinggi tunggu nak cium tangan PM, tunggu nak cium tangan presiden saja, tak lama lagi Umno lingkup," katanya.

Anuar juga berkata, dalam proses mentransformasi Umno, bukan sahaja sistem harus berubah tetapi anggotanya juga perlu mengambil langkah sama kerana rakyat memerhatikan mereka.

"Umno berada pada satu tahap transisi sangat penting. Kalau kita tak deliver, kita akan terima padah politik," katanya.

Mengulas kempennya, Annuar berkata, beliau tidak pun turun ke pelbagai tempat untuk berkempen tetapi hanya bersandarkan kepada rekod kerjanya semata-mata.

"Kita bukan tiba-tiba jadi berjiwa rakyat, tiba-tiba jadi pejuang dalam masa dua bulan, berhempas pulas, bagi duit. Macam itu saya rasa amat sedih untuk Umno," katanya lagi.

Tiada ulasan: