SPECIAL ADS

16 Oktober 2013

Mat Sabu: Rasuah, penyelewengan umpama muzik bagi rakyat Malaysia

Mohamad Sabu bersalaman dengan jemaah selepas selesai solat sunat Aidiladha semalam.
16 Okt : Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menyifatkan umat Islam hari ini melihat rasuah, penyelewengan kerajaan dan penindasan terhadap rakyat tidak ubah seperti mendengar alunan muzik di corong radio.
Mohamad berkata demikian ketika memberikan khubah Aidiladha di Surau Kampung Baru, Tasek Gelugor, lapor portal milik PAS, Harakahdaily.
Beliau berkata, walaupun mengetahui indeks rasuah di Malaysia meningkat rakyat tidak mempedulikannya malahan terus memberikan mandat Kerajaan Barisan Nasional (BN) memerintah.
Katanya, tabiat itu seperti mendengar lagu atau muzik pada mulanya sedap dan terikut mendendangkanya tetapi apabila agak lama sudah muak. 
Tetapi, katanya apabila muncul lagu baru lagu lama terus dilupakan.
"Tabiat rakyat Malaysia terutamanya umat Islam melihat rasuah bagaikan dengar irama lagu bila muncul lagu baru ramai yang minat tetapi bila sudah lama masing-masing buat tidak tahu," katanya.
Mohamad berkata, contohnya ialah apa yang dedahkan oleh Ketua Audit Negara baru-baru ini bahawa Kementerian Dalam Negeri menghadapi masalah kehilangan senjata api seperti pistol, gari, teropong dan paling mengejutkan apabila pernah berlaku kehilangan enjin jet.
Antara pendedahan lain, katanya, pembiayaan kerajaan terhadap program Hari Belia Negara 2012 yang membayar artis K-Pop dengan kos RM1.6 juta.
"Sepatutnya umat Islam mempedulikan isu ini dengan menghukum kerajaan yang sengaja menyalahgunakan kuasa yang ada,” katanya

Tiada ulasan: