SPECIAL ADS

12 Oktober 2013

MP: K'jaan bazir RM6.5b berdasarkan laporan audit


NONE12 Okt : Kerajaan mungkin telah membazirkan kira-kira RM6.5 bilion dalam 64 kes yang dikaji dalam laporan audit 2012, kata Ahli Parlimen Serdang, Ong Kian Ming.

"Berdasarkan 64 kes yang dikaji dalam laporan itu, saya telah mengambil beberapa angka dari laporan itu, dan saya ekstrapolasi yang lain, dan inilah anggaran yang saya perolehi," katanya dalam forum mengenai laporan audit di Petaling Jaya malam tadi .

Ong  berkata RM6.5 bilion yang telah dibazirkan oleh kerajaan itu adalah dua kali ganda jumlah dana yang kerajaan boleh jimatkan dengan mengurangkan subsidi harga petrol sebanyak 20 sen.

"Daripada jumlah ini, kira-kira RM5.7 bilion telah dibazirkan oleh kerajaan persekutuan, manakala RM0.8 bilion lagi dibazirkan oleh badan-badan berkanun kerajaan," katanya.

Menurutnya lagi, kira-kira RM30 bilion daripada bajet tahunan negara boleh dikurang dan dijimatkan jika kerajaan lebih berhati-hati dalam perbelanjaannya.

Sementara itu, ahli ekonomi dari Institut Rakyat, Azrul Azwar Ahmad Tajudin berkata hubungan antara ahli politik dan ahli perniagaan biasanya mungkin menyumbang kepada pembaziran dan isu tirisan yang dibangkitkan setiap tahun dalam laporan audit.

"Kemungkinan besar pembaziran itu merupakan satu agenda untuk memberi balik kepada ahli perniagaan (oleh ahli politik) atas sumbangan ahli perniagaan kepada mereka sebelum ini," tegasnya.

Tambahnya, itulah sebabnya mengapa perlu ada proses yang lebih telus tentang bagaimana parti politik dibiayai di negara ini.

Tiada ulasan: