
17 Okt : Hasil kajian Pusat Kajian Sosio-Ekonomi (SERC) ke atas laporan media sekitar isu air Selangor menunjukkan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) menolak atau menangguhkan permohonan daripada lebih 1,000 pengusaha industri yang mahu mendirikan kilang di negeri ini.
Perkara itu disebut Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan dalam satu kenyataan kepada agensi berita Bernama.
Menurut Sohaimi, syarikat konsesi itu berbuat demikian atas dakwaan Selangor menghadapi kekurangan air terawat yang serius.
Syabas sebelum itu mencadangkan catuan bagi menghadapi krisis seperti yang didakwa mereka.
Kerajaan Pusat bagai-manapun berkata catuan tidak diperlukan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata Selangor tidak berada dalam krisis.
Beliau menolak langkah catuan, sebaliknya menggesa Syabas membekalkan air kepada kawasan-kawasan yang mengalami gangguan.

Antara kes yang pernah dilaporkan, ialah permohonan bekalan air daripada pengusaha sarung tangan getah terbesar di dunia, Top Glove Corporation, yang ditolak Syabas. Para pemaju turut mengeluh kerana permohonan mereka juga ditolak.
Bahkan, syarikat pengusaha barangan, F&N, menanggung kerugian besar kerana Syabas tidak membekalkan air selama lima hari kepada kilang F&N di Pulau Indah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan