SPECIAL ADS

29 Oktober 2013

Undang-undang Malaysia makin mundur

29 Okt: Malaysia semakin mundur apabila memperkenalkan undang-undang menghalang kebebasan maklumat, kata Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah.
Katanya, langkah kerajaan memasukkan Seksyen 203A ke dalam Kanun Keseksaan menafikan hak orang ramai terhadap maklumat.
Sivarasa“Ia menjadi OSA (Akta Rahsia Rasmi) kedua. Malaysia semakin mundur dengan undang-undang lapuk,” kata Sivarasa kepada Keadilan Daily.
Kerajaan pada 22 Oktober lalu meluluskan kemasukan Seksyen 203A ke dalam Kanun Keseksaan yang memperuntukkan larangan kepada penjawat awam daripada mendedahkan sebarang maklumat tugasannya kepada awam.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri sebelum in berkata akan membuat semakan lanjut dan merujuknya ke pejabat Peguam Negara.
Kata Sivarasa, apa yang diinginkan orang ramai ialah maklumat berhubung kes-kes berprofil tinggi melibatkan salahkau, penyelewengan dan rasuah yang dijalankan oleh polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Peruntukan ini terlalu umum dan berpotensi disalahgunakan untuk menutup sesuatu perkara.
“Sedangkan yang dikehendaki orang ramai bukannya maklumat tugasan penjawat awam. Tetapi hal berkaitan pendedahan rasuah, skandal kewangan dan salah urus tadbir kerajaan,” katanya. SK

Tiada ulasan: