SPECIAL ADS

5 Oktober 2013

Adakah ini tertib seorang Menteri?

05 Okt : Sebuah video bertajuk “Jenayah Zahid Hamidi” dimuatnaik di laman sosial Youtube yang mendakwa bekas kekasih kepada anak menteri dalam negeri itu, Amir Bazli Abdullah dicederakan oleh Ahmad Zahid.

“Ini adalah video klip yang melibatkan jenayah Zahid Hamidi. Sikap menggunakan kuasa untuk menekan undang-undang tidak melayakkan beliau memimpin Umno,” tulis sinopsis klip video yang dimuat naik pada 2 Oktober menggunakan nama akaun ‘azlanshah mohd noor’.

“Jangan sampai Zahid Hamidi menjadi liabiliti kepada Umno. Kita perlu menjadikan Umno parti yang dihormati bukan mengambil tindakan sendiri tanpa memperdulikan undang-undang. Zahid Hamidi hari ini Menteri Dalam Negeri. Adakah ini tidak memalukan kerajaan. Apakah tidak akan menjadi liabiliti kepada Umno kelak. Kita fikir sendiri,” katanya.

Dalam klip video sepanjang 47:15 minit itu, Amir Bazli menceritakan kronologi kejadian bermula daripada mula beliau mengenali anak Zahid sehingga beliau terlantar di hospital selepas dipukul.

Amir Bazli memfailkan saman pada Julai 2007 terhadap Ahmad Zahid yang pada ketika itu timbalan menteri kerana menumbuk mukanya pada 16 Januari 2006 di Kelab Rekreasi Country Heights di Kajang, Selangor.

Beliau mendakwa, Ahmad Zahid turut mengugut membunuh dan menahannya tanpa kebenaran di kediaman Zahid di Country Heights dan meminta ganti rugi kerosakan khas, umum dan teruk.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid menafikan pertuduhan itu dan mendakwa Amir Bazli mereka-reka cerita berkenaan, sebelum memfailkan saman balas terhadap Amir Bazli... lapor The Malaysian Insider

..... Kalau korang nak tengok video tu.. korang tengoklah di ( SINI ), ianya ialah video yang sememangnya sudah lama tapi digunakan semula oleh macai-macai UMNO untuk menyerang Zahid Hamidi yang dilihat sebagai calon paling popular untuk mempertahankan jawatan Naib Presiden UMNO..

Jenayah yang didakwa dilakukan oleh Zahid Hamidi itu pun telah dinafikan oleh Zahid sendiri dan Amir Bazli dah disamannya..

Rasanya video di bawah ini lebih sesuai untuk kempen tu...


Tahupun dia naik angin bila kenyataan dia kena spin, tapi kalau Malaysiakini spin kenyataan dia kenapa tak saman.. saman sajalah..

Kalau nak bandingkan Malaysiakini dengan Utusan yang juga dikenali sebagai Lidah Rasmi UMNO tu.. rasanya Utusan lebih hebat spin kenyataan pemimpin PR..

Buktinya dah berkali-kali Utusan diarahkan membayar saman keran terbukti apa yang disiarnya itu adalah fitnah semata-mata..

Jadi.. buat Zahid Hamidi tu kalau nak monitor Malaysiakini .. monitorlah sama Utusan Malaysia tu..

Oleh: darisungaidehaka.blogspot.com

Tiada ulasan: