SPECIAL ADS

22 Oktober 2013

Umno lebih kepada pilih pemimpin berwang

22 Okt : Keputusan Pemilihan Naib Presiden Umno semalam terbukti bahawa Umno sebenarnya bukan mewakili suara hati rakyat tetapi mewakili individu yang mempunyai wang, demikian tegas Ahli Parlimen Bukit Gantang Idris Ahmad. 

Jelasnya, setiap kali berlaku pemilihan calon yang menjadi kegemaran ahli Umno mestilah mereka yang ada wang dan pangkat.

"Kita lihat dalam pemilihan sebelum ini, iaitu Ali Rustam dan Isa Samad yang masing-masing ada pangkat dan wang mendapat undi yang banyak," katanya.

Malangnya kata beliau, apabila mereka berdua ini tidak ada kuasa sudah tentulah mereka tidak ada apa-apa kepentingan akhirnya keputusan pemilihan semalam tidak memihak kepada mereka.   

Senario yang berlaku ini, bagi Idris, politik wang tidak dapat dinafikan di dalam Umno dan ianya diakui sendiri oleh bekas Perdana Menteri Tun mahathir dan beberapa pimpinan Umno yang lain 

"Dalam Umno, orang yang ada wang sahaja boleh naik.Yang tidak ada wang tidak boleh menang. Wang dan Umno tidak boleh dipisahkan," katanya ketika ditemui Harakahdaily di Parlimen hari ini.

Pemilihan tahun ini merupakan kali pertama anggota akar umbi diberi suara lebih besar dalam pemilihan Umno berikutan pindaan Perlembagaan parti pada 2009 ke arah pemilihan lebih terbuka dan telus melalui sistem "electoral college" di samping bertujuan membasmi gejala politik wang.

Sebelum ini, pemilihan pemimpin pusat hanya ditentukan kira-kira 2,500 perwakilan di Perhimpunan Agung parti.

Sistem ini kononya untuk membasmi gejala politik wang bagaimanapun ramai yang mengkritik termasuklah ahli Umno sendiri bahawa politik wang masih berlaku dalam pemilihan yang baru berakhir semalam.

Keputusan pemilihan baru-baru ini memperlihatkan penyandang Naib Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terus menjadi pilihan utama ahli Umno apabila beliau mendapat 187 undi bahagian manakala diikuti Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishamuddin Hussein. HD

Tiada ulasan: