SPECIAL ADS

8 Oktober 2013

Ustaz Azhar Idrus berlakon filem, tayangan bermula 28 November

Poster filem yang menampilkan Ustaz Azhar Idrus sebagai teraju utama mula dipasang di pawagam.
09 Okt : Setelah meletup dengan kuliah agamanya, Ustaz Azhar Idrus kini berlakon filem pula yang bakal ditayangkan di pawagam mulai 28 November ini.
Poster filem bertajuk "Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang" mula dipasang di papan utama iklan di panggung wayang di negara ini.
Filem arahan Pierre Andre itu diterbitkan oleh Metrowealth.
Turut berlakon di samping Ustaz Azhar ialah kumpulan Shiro, Zalif Sidek  dan Along (Raja Lawak).
Filem berunsur dakwah dan pengajaran ini dikatakan "menutup aurat" sepenuhnya, iaitu salah satu syarat yang ditetapkan Ustaz Azhar.
Ustaz Azhar yang berasal dari Terengganu menjadi ikon anak muda apabila mereka berkongsi video kuliahnya melalui Facebook dan Youtube.
Laman Facebook beliau, Ustaz Azhar Idrus Original mendapat 1,316,942 likes, antara yang paling tinggi di Malaysia.
Buku beliau bertajuk, 'Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Semasa' turut mendapat sambutan luar biasa sehingga diulang cetak beberapa kali oleh penerbitnya, PTS Publication.
Bermula dengan kuliah kitab kecil-kecilan di surau sekitar Terengganu, kini kuliah Ustaz Azhar diadakan di seluruh negara dan mendapat sambutan hebat. TMI

Tiada ulasan: