SPECIAL ADS

31 Oktober 2013

Najib, KDN membisu isu perisikan Amerika Syarikat

31 Okt : Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) hari ini meluahkan rasa terkejut kerana tiada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan juga Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung laporan Kedutaan Amerika Syarikat menjadi pusat operasi untuk aktiviti perisikan.
Ketua Pembangkang itu menegaskan tindakan Najib dan KDN itu dilihat umpama 'nampak terlalu lemah' walaupun perkara ini amat serius.
"Ia perkara serius untuk negara. Kami minta Perdana Menteri, KDN respons perkara ini supaya kita tidak dilihat terlalu lemah.
"Tiada negara yang boleh bertoleransi dengan kegiatan perisikan," katanya ketika sidang media di Parlimen, Kuala Lumpur hari ini."Tiada negara yang boleh bertoleransi dengan kegiatan perisikan," katanya ketika sidang media di Parlimen, Kuala Lumpur hari ini.
Laporan media Australia pada Khamis mendedahkan Lembaga Pengarah Pertahanan negara berkenaan telah menjalankan operasi pengawasan rahsia sedemikian tanpa pengetahuan kebanyakan diplomat Australia  sendiri.
Beberapa akhbar Australia turut mendedahkan laporan risikan tersebut yang diperoleh daripada pejabat kedutaan di Bangkok, Jakarta, Beijing, Hanoi dan Dili serta pejabat pesuruhjaya tinggi di Kuala Lumpur dan Port Moresby, negara yang  mempunyai hubungan diplomatik dengan mereka.
Dokumen rahsia Agensi Keselamatan Kebangsaan AS itu dibocorkan oleh Snowden dan dicetak oleh syarikat Der Speigel di Jerman mendedahkan kewujudan operasi risikan yang dijalankan oleh pihak kedutaan AS dan konsulat mereka serta rakan diplomatik daripada ‘lima negara’ yang mempunyai hubungan baik dengan mereka termasuk  Australia, Britain dan Canada.
Operasi berkenaan termasuk pintasan radio, telekomunikasi, jaringan internet. 

Tiada ulasan: