SPECIAL ADS

8 Oktober 2013

DAP lapor polis terhadap Zahid Hamidi, ajak rakan lain buat laporan sama

09 Okt : DAP membuat laporan polis terhadap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (gambar) berikutan kenyataannya bahawa kumpulan "Tiga Line" adalah kawan beliau dan juga arahan menembak penjenayah jika dapat bukti.
Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng membuat laporan polis berkenaan di Balai Polis Jinjang, Kuala Lumpur jam 9:25 malam tadi.
Sehubungan itu, katanya, beliau mengajak rakannya di seluruh negara untuk membuat laporan yang sama terhadap Zahid Hamidi.
Dalam laporan polisnya, Lim menggesa pihak berkuasa menyiasat sama ada kenyataan Naib Presiden Umno itu melanggar mana-mana peruntukan dalam Kanun Keseksaan.
Hujung minggu lalu, Ahmad Zahid dilaporkan berkata dalam satu majlis tertutup di Melaka merestui perjalanan Tiga Line, satu di antara 49 pertubuhan haram yang didedahkan Menteri Dalam Negeri pada Ogos.
Beliau menggelar pertubuhan itu sebagai “rakan” dan membenarkan tindakan mereka.
Portal berita Malaysiakini berjaya mendapatkan rakaman sepanjang 20 minit ucapan Ahmad Zahid pada majlis itu yang dikatakan diperoleh daripada perwakilan Umno sendiri.
Ahmad Zahid pada mulanya berkata, polis buta warna dalam operasi mereka dan memberitahu  menahan seramai 178,217 Melayu; 77,104 Cina; 73,505 India dan 55,517 daripada lain-lain kaum.
Beliau juga mendedahkan 28,000 daripada 40,000 ahli kumpulan itu berbangsa India dan tiada kesalahan jika menahan mereka. TMI

Tiada ulasan: