SPECIAL ADS

1 Januari 2014

Melayu: Dari Sang Sapurba hingga zaman Umno

01 Jan : Adakah destini bangsa Melayu ialah untuk sentiasa bernasib malang? Melayu itu selalu diperbodohkan dan itu sebahagian daripada ketentuan mereka? Bila minyak naik harga, timbalan menteri yang cakap besar ada CGPA 3.8 menyatakan bukan minyak naik, tapi subsidi ditarik balik.
Ini serupa dengan seorang Arab yang jatuh tertiarap. Bila ditanya, sheikh enta jatuh kah dia menjawab; Tidak, bukan ana jatuh, jubah ana yang jatuh, kebetulan ana ada dalam jubah.
Pemimpin Umno terus menghina minda bangsa Melayu dengan jawapan dan penerangan kebudak-budakan. Jangan makan gula, nanti nafsu seks akan kurang. Kalau tak suka kerajaan, pindah ke negara lain. Kalau tak boleh beli kasut, jalan kaki ayam. Kalau tak mampu beli rumah, duduk dalam reban ayam?
Adakah destini bangsa Melayu menghambakan diri kepada golongan elit? Sejak Demang Lebar Daun berjanji-janjian dengan Sri Teri Buana ketika menyerahkan anak perempuan nya, adakah destini bangsa Melayu ialah untuk menghamba-abdikan diri mereka kepada golongan bangsawan? Dan Umno itu adalah golongan bangsawan yang menggantikan raja-raja Melayu zaman dahulu kala.
Najib boleh berdolak-dalih memberi alasan demi alasan memungkiri janji-janjinya – faktanya, dia gagal mengurus dan memimpin negara. Hampir 11 juta bangsa Melayu mempunyai pendapatan bulanan kurang daripada RM1500 sebulan. Berjuta rakyat menerima BR1M, majoritinya Melayu yang mengesahkan betapa ramainya bangsa Melayu itu miskin. Akhbar dan media milik Umno spinkan pemberian BR1M sebagai tanda kerajaan ambil berat kebajikan rakyat!
Dan timbalan menteri yang ada CGPA 3.8 kata, mereka yang berpendapatan rendah hanya menggunakan sekitar RM130 sebulan untuk RON95 manakala yang berpendapatan RM5000 ke atas menggunakan RM370 sebulan untuk RON95.
Tentulah yang bependapatan rendah berbelanja kurang ke atas RON95 sebab pendapatan mereka rendah manakala  yang berpendapatan tinggi, boleh berbelanja lebih. RM130 sebulan daripada RM800 adalah 16% manakala RM370 daripada RM8000 ialah 5%. Universiti mana yang beri Ahmad Maslan CGPA3.8?
Melayu yang kulit tebal macam badak sahaja yang menganggap diri mereka teristimewa sedangkan persepsi umum Melayu itu sinomim dengan orang miskin, peminta bantuan dan sabsidi, rasuah, suka berfoya dan bersukaan,  suka pemberian percuma dan lain-lain sifat dan perangai rendah. Jika perangai seperti ini bukan mengaibkan bangsa Melayu – kita tidak tahu hendak cakap apa lagi.
Melayu yang kulit tebal dan tak reti bahasa sahaja yang ingat Allah bersama sama mereka bahkan jika boleh Allah itu dianggap sebagai ahli Umno.
Maka mengikut butiran perjanjian asal Demang Lebar Daun dengan Sri Tri Buana, jika pihak raja mengaibkan bangsa Melayu – bangsa Melayu wajib mengeluarkan raja tersebut.
Bangsawan dan raja zaman moden ialah Umno. Ia telah menconteng arang dan mengaibkan bangsa Melayu. Bangsa Melayu mesti menentang dan mengeluarkan Umno pimpinan Najib.
Apa lagi yang dinanti oleh pemimpin Melayu yang tidak setuju dengan Umno? Inilah masa mereka tampil ke depan, memimpin negara. Sejarah akan mencela mereka kerana duduk berdiam diri.
Hutang negara melebihi siling 55% GDP jika dikira jaminan kerajaan kepada GLC2. Ini disebut sebagai contingent liabilities. Defisit bajet terus besar. Kerajaan menjual harta benda rakyat dan menjual gadaian-gadaian  serta pajakan kepada pihak ketiga. Fitch Rating menurunkan kredibiliti kewangan negara.
Kerajaan Najib berbelanja berbilion ringgit untuk menang PRU13. Wang haram akibat rasuah, pemalsuan harga belian, hasil haram yang lain mengalir sebanyak RM80 billion setahun sejak 10 tahun yang lalu. Pendatang haram dan warga asing hantar RM40 bilion setahun ke negara-negara asal mereka. Buat duit disini, belanja di negara asal. Di bawah pengurusan Najib, Malaysia jadi basket case.
Dan kita hendak terima bila orang kata Najib seorang pemimpin yang bagus untuk Malaysia? Metos Naib sebagai pemimin yang unggul hanyalah ciptaan media dan spin oleh penasihat iklan Najib. Najib ialah PM yang lebih teruk daripada Pak Lah.
Menyampah kita dengar ada hamba abdi Melayu menjadi galang ganti menjuarai mempertahankan excesses Rsomah Mansor dan mengancam mengasari sesiapa yang menegur Rosmah Mansor. Apa polis buat terhadap ugutan-ugutan ini? Polis bukan kerja untuk Rosmah Mansor kan?
Menyampah kita dengar NGO-NGO Islam marahkan Murphy Pakiam kerana menegur Najib. Adakah Najib itu maksum? Najib tahukah beza antara Ahli Sunnah wal Jamaah dan Syiah? NGO marahkan Pakiam dan mempertahankan Najib kerana dia Melayu? Jika begitu Melayu itu bangsa yang suka mempertahankan rasuah, incompetence dan salah laku?
Adakah kerana seorang pesalah laku itu Melayu, maka apa dilakukan, dimaafkan kerana semata mata dia Melayu? Jika demikian perkara yang selalu saya nyatakan semasa ceramah sudah pun berlaku, yakni suatu hari, bandingannya adalah seperti orang Umno masuk ke dalam rumah kita, meniduri anak-anak perempuan atau pun isteri-isteri kita, maka kita katakana – tidak mengapa kerana Umno itu Melayu. Inilah ekspresi jiwa hamba abdi waris daripada Sang Sapurba.
Masanya sudah tiba kita menggulingkan Umno sebab Umno telah mengaibkan anak bangsa Melayu. Golongan bangsawan baru (Umno) yang merupakan golongan 20% teratas, menguasai 52% kekayaan dan pendapatan orang Melayu. Mengapa pula 40% Melayu terbawah hanya berkongsi 12% pendapatan orang Melayu? Macam mana ini boleh terjadi jika semenjak 1946, teriakan Umno ialah hidup Melayu?
Melayu yang mana hidup, dan Melayu mana pula yang mati?
Bukankah di bawah kerajaan Umno, bangsa Melayu adalah kaum termundur dalam negara kita? Dari segi pendidikan, dari segi ekonomi, dari segi perlumbaan dalam kehidupan yang lain-lain, semua tercorot. Melayulah yang teruk sekali. Bukankah ini mengaibkan bangsa Melayu dan mengikut perjanjian antara D.L Daun dan ST Buana, kalau raja aibkan rakyat, maka musnahlah negerinya.
Sejak tahun 1970 bila Umno melancarkan DEB, agihan kekayaan sesama bangsa Melayu masih tetap seperti di atas. Ia membuat kita orang Melayu bertanya, untuk kepentingan siapa sebenarnya Umno berjuang? Fakta dan kebenaran menunjukkan bahawa Umno berjuang untuk kepentingan 20% Melayu teratas, golongan rentier class yang menguasai sumber pengkayaan negara ini.
Umno tidak berani berdepan lagi dengan bangsa Melayu sekarang ini. Ekuiti kekayaan negara sudah lama puak Umno capai matlamat 30%. Bukankah syarikat GLC semuanya syarikat milik Melayu dan jika dihimpun kekayaan dan sumber pengkayaan yang dimiliki oleh GLC, bukankah matlamat 30% ekuiti kekayaan sudah lama tercapai? Tapi ia dinikmati dan dicapai oleh 20% Melayu teratas. Yang lain terus ketinggalan. Umno itu jurucakap golongan 20%.
Usaha utama bangsa Melayu ialah membebaskan diri mereka daripada perhambaan minda dan mental yang Umno lakukan selama ini. Hak orang Melayu ialah perkara yang mereka perjuangkan bukan perkara yang diberi oleh orang lain. Masa depan bangsa Melayu dilindungi oleh kerajaan yang didirikan atas prinsip perintah ikut undang-undang. Masa depan orang Melayu dijamin dengan melengkapkan diri mereka dengan nilai-nilai yang menyokong kemajuan bukan yang menyokong belitan dan cengkaman golongan bangsawan Melayu.TMI
Oleh: sakmongkol.blogspot.com,

Tiada ulasan: