SPECIAL ADS

19 Februari 2014

Air percuma KL, Putrajaya bukti PR perjuang hak rakyat

air-syabas_MB1
19 Feb : Kesediaan Kerajaan Selangor menawarkan pemberian air percuma 20 meter padu kepada penduduk Kuala Lumpur dan Putrajaya menunjukkan Pakatan Rakyat (PR) sentiasa konsisten memperjuangkan hak rakyat tanpa mengira sempadan politik.
Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail, berkata perkara itu juga sudah lama dibincangkan di peringkat Kerajaan Negeri dengan mengambil kira penduduk Kuala Lumpur dan Putrajaya juga merupakan pelanggan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).
Katanya, perancangan itu bagaimanapun tidak dapat dilaksanakan sekiranya Syabas masih dikawal sepenuhnya oleh pihak swasta yang bermotifkan keuntungan semata-mata.
“Tetapi seandainya penstrukturan semula berjaya dan kerajaan negeri dapat menguruskan pembekalan air, maka mereka (penduduk Kuala Lumpur dan Putrajaya) berhak untuk mendapat inisiatif sama seperti rakyat Selangor dapat.
“Inilah yang Pakatan Rakyat perjuangkan, iaitu manfaat kepada setiap rakyat tidak kira kamu itu siapa, asalkan hak kamu, kamu seharusnya dapat,” katanya kepada Selangor Kini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung tawaran pemberian 20 meter padu air percuma kepada penduduk Kuala Lumpur dan Putrajaya sekiranya program penstrukturan semula berjaya.
Abdul Khalid ketika berucap dalam seminar Malaysian Power and Water Summit di Kuala Lumpur Kerajaan negeri kini dalam peringkat akhir rundingan penstrukturan semula air bersama kerajaan pusat dan pemegang konsesi.
Sejak 2008, rakyat Selangor menikmati pemberian 20 meter padu air percuma melibatkan peruntukan kira-kira RM 700 juta setahun. SK

Tiada ulasan: