SPECIAL ADS

10 Februari 2014

Taib Mahmud lebih kebal dengan jawatan TYT Sarawak

taib-mahmud
10 Feb : Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud akan lebih kebal dari sebarang tindakan undang-undang sekiranya dilantik sebagai Tuan Yang Terutama (TYT) Sarawak, kata Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
“Sekiranya berlaku, segala bentuk perundangan soal salahlaku yang dilaporkan terhadap Taib Mahmud akan menjadi lebih sukar dan terbatas.
“Kedudukan TYT Sarawak akan menjadikan Taib lebih kebal,” kata penyelaras SAMM Kuching, Azan Akmna dalam kenyataan.
Akma berkata, SAMM Sarawak telah memberi tekanan kepada rejim Taib Mahmud untuk berundur dari takhta ‘Rajah Putih Sarawak’ selama lebih 30 tahun.
Terbaru, SAMM dalam kempen ‘Nyah Taib’ membuat edaran puluhan ribu risalah, DVD kesedaran, himpunan aman dan perkhemahan bantahan di depan istana Taib Mahmud akhirnya membuahkan hasil apabila Ketua Menteri Sarawak itu mengumumkan pengundurannya.
Sepanjang tempoh tersebut kata Akma. terbentuk kekayaan sebuah empayar keluarga yang menjarah hasil bumi negeri Sarawak berjumlah berbilion ringgit dengan aset di dalam dan luar negara
“Persoalannya, dari mana datang kekayaan keluarga Taib tidak langsung disentuh,” kata Akma yang turut mempersoalkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang tidak mengambil sebarang tindakan.
Justeru SAMM Sarawak bertekad memastikan gerakan lebih besar disusun bagi menghalang usaha lantikan TYT kepada mana-mana \individu yang terbabit salahlaku rasuah dan salahguna kuasa.
“Apatah lagi bagi mereka yang terlibat merompak hasi bumi Sarawak berpuluh tahun lamanya,” kata Akma. KD

Tiada ulasan: