SPECIAL ADS

21 Februari 2014

MB: Bekalan air di Selangor cukup, mampu bertahan 5 bulan

21 Feb  : Bekalan air mentah di Selangor masih berada di paras selamat walaupun berhadapan dengan cuaca panas dan kering serta mampu bertahan sehingga lima bulan.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata Kerajaan Negeri tetap membuat persediaan sekiranya cuaca panas ini berterusan dalam tempoh panjang.
MB airKatanya, antara persediaan dirangka ialah bekerjasama dengan sebuah syarikat swasta bagi mendapatkan sumber air bawah tanah.
“Syarikat Mega Steel memberitahu Kerajaan Negeri kalau tidak cukup air kita boleh pam air dari bawah tanah. Jawapan saya jangan buat dulu hingga masa ini.
“Sebab kita ada tiga, empat bulan (bekalan air mentah) untuk tunggu lagi satu bulan (sebelum) musim tengkujuh” katanya kepada pemberita selepas menyertai sesi taklimat berkenaan isu air Selangor di sini.
Sebelum ini, sebuah akhbar melaporkan simpanan air di kesemua empangan di seluruh negara diunjurkan hanya mampu membekalkan air antara satu hingga tiga bulan sekiranya cuaca panas dan kering berpanjangan.
Terdahulu, ketika sesi taklimat, Abdul Khalid menjelaskan punca utama kepada masalah kekurangan bekalan air terawat ini ialah kehilangan air yang tidak berhasil (NRW) antaranya disebabkan kebocoran paip.
“Mengikut perjanjian, Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) perlu menurunkan kadar NRW daripada 30 peratus kepada 20 peratus tetapi itu tidak berlaku.
“Jadi, Kerajaan Negeri perlu selesaikan masalah ini sekiranya penyusunan semula industri air berlaku,” katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, Abdul Khalid berkata satu pengumuman berkenaan perkembangan rundingan air dengan Kerajaan Pusat akan dibuat dalam masa dua minggu lagi.

Tiada ulasan: