SPECIAL ADS

19 Februari 2014

Dr Dzul: MAS rugi RM1.74 bilion, apa tindakan Kerajaan Pusat?

19 Feb : Kerajaan Pusat perlu berhenti mendendangkan cakap-cakap kosong kononnya ekonomi negara kini berada di landasan terbaik, sedangkan hakikatnya nilai ringgit semakin jatuh merudum.
Pengarah Pusat Pengajian PAS, Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, kedudukan kecil ringgit pada hari ini memberi kesan besar kepada perniagaan yang melibatkan penukaran mata wang asing (forex) termasuk Syarikat Penerbangan Malaysia Airlines (MAS).
Katanya, nilai ringgit yang kecil menyebabkan MAS berterusan mencatatkan kerugian sekalipun terdapat peningkatan pendapatan kasar sebanyak 36 peratus iaitu RM254 juta.
Mas-1“Sebagai contoh, walaupun MAS mencatatkan peningkatan jumlah penumpang sebanyak 28.5 peratus, mereka masih mencatatkan kerugian ekoran kedudukan kecil nilai ringgit Malaysia.
“Kita akui tidak dapat mengawal persaingan syarikat penerbangan lain, kita tidak dapat kawal kos bahan bakar, tetapi kita sebenarnya mampu mengukuhkan nilai ringgit kita.
“Kerajaan perlu dan mesti lakukan sesuatu,” katanya kepada Selangor Kini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan kerugian RM 1.74 billion yang dicatatkan MAS sepanjang tahun lalu, iaitu hampir tiga kali ganda lebih tinggi berbanding kerugian RM 433 juta dicatatkannya pada 2012.
Mengulas lanjut, Dr Dzulkefly berkata selain bergantung kepada kedudukan nilai ringgit, MAS juga boleh mengambil langkah berjimat-cermat serta mengurangkan ketirisan dalam pentadbirannya.
Pada masa sama, beliau turut meminta penjelasan kerajaan pusat berhubung nilai sebenar keuntungan bagi setiap penumpang MAS bagi setiap kilometer.
dr.dzul“Pada tahun 2011, catatan keuntungan bagi setiap penumpang untuk setiap satu kilometer ialah sebanyak RM 0.23, kemudian jatuh kepada RM 0.13.
“Adakah pada laporan kali ini, keuntungan diperolehi daripada setiap penumpang juga semakin rendah nilainya,” kata Dzulkefly lagi.
Menurut laporan, bagi tahun kewangan 2013, MAS mencatatkan perolehan sebanyak RM 15.1 bilion, naik 10 peratus berbanding RM 13.8 bilion pada tahun sebelumnya.
Sehingga akhir 2013, kumpulan MAS memiliki 148 pesawat termasuk enam pesawat penumpang terbesar dunia iaitu Boeing A380. SKini

Tiada ulasan: