SPECIAL ADS

11 Februari 2014

Kenapa polis biar BN kempen di TV & akhbar setiap hari?

yahya-sahri
11 Feb : Umno-BN menggunakan media arus perdana termasuk televisyen dan surat khabar berkempen setiap hari menyerang Pakatan Rakyat dan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim namun tidak ada sebarang tindakan oleh polis.
Ketua Operasi 1 jawatankuasa PRK DUN Kajang, Yahya Sahri berkata, Umno-BN akan cuba mencari kesalahan untuk menyekat Anwar, termasuk menggunakan polis dan tindakan undang-undang.
“Pimpinan Umno hari-hari menyerang Anwar dalam TV 3, lebih merbahaya dan pendengarnya lebih ramai.
“Kita nak buat penerangan di mana? Disitulah nak terangkan isu, nak jawab isu yang berlaku. Anwar bercakap hanya didengari dalam 500 orang sahaja,” kata Yahya kepada Keadilandaily.
“Lepas ceramah nak buat sidang media, berjumpa dengan wartawan dan salurkan maklumat.
“Jika apa yang Anwar buat merupakan satu kesalahan dan perlu dihalang, tindakan yang sama juga perlu dibuat kepada mana-mana pihak yang bercakap tentang Anwar,” ujar Yahya.
Beliau mengulas tindakan polis hari ini yang membuka tiga kertas siasatan terhadap Anwar dengan alasan calon DUN Kajang itu dikatakan berkempen sebelum penamaan calon 11 Mac depan.
“Kenapa Umno takut,? Sebab mereka tahu bila rakyat mendengar ucapan Anwar, rakyat tidak akan percaya apa yang Umno-BN katakan.
“Jangan guna kuasa yang ada untuk hukum orang. Undang-undang yang ada bukan gunanya untuk menyekat tindakan orang lain, ” kata Yahya. KD

Tiada ulasan: