SPECIAL ADS

14 Februari 2014

Mana komitmen Najib & SPRM banteras rasuah?

tian_chua
14 Feb : KEADILAN mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menunaikan komitmen membanteras rasuah seperti mana yang ditandatangani bersama Tranperency International
Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua berkata SPRM tak boleh berdiam diri terhadap aduan rasuah dan penyelwengan yang dibuat terhadap Ketua Menteri Sarawak, Tan Seri Abdul Taib Mahmud.
“Selama ini SPRM dalam pelbagai dialog bersama ahli parlimen menyatakan bahawa mereka takan lepaskan sebarang kes yang disyaki wujud unsur rasuah.
“Sebab itu kita ingin dapatkan kenyataan terbuka dari SPRM sekiranya wujud kes atau tidak,” Tian pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN hari ini.
Beliau merujuk kepada komitmen yang ditandatanganii Perdana Menteri dan SPRM bersama Tranperency International Malaysia (TI-M ) sebelum pilihan raya umum ke-13.
Kata Tian, tindakan itu dilakukan kerajaan, SPRM dan TI-M yang dijadikan sebahagian daripada langkah Transformasi kerajaan yang kononnya tegas menangani isu rasuah dan hanya membenarkan calon-calon yang bersih bertanding dalam pilihan raya umum ke-13.
“Apa yang dilihat sekarang ini dicadangkan calon telah dilaporkan pelbagai kes dan penyelewengan keatasnya. SPRM tak boleh berdiam diri,” tegas Tian. KD

Tiada ulasan: