23 Feb : Kaji selidik dijalankan Kajian Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) menunjukkan 65 peratus pengundi yang bakal mengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang berpendapat penyalahgunaan kuasa berlaku Kerajaan BN menyebabkan sokongan diterima Pakatan Rakyat (PR) bertambah.
Dalam kajian melibatkan 576 responden dipilih secara rawak daripada pelbagai latar belakang sekitar Kajang itu juga mendapati hanya 17 peratus sahaja tidak bersetuju dengan kenyataan ‘penyalahgunaan kuasa menyebabkan sokongan diberikan kepada PR’ manakala 18 peratus lagi menjawab tidak pasti.

Sementara itu ketika membentangkan hasil kajian berkaitan tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melengahkan hari pengundian, Dr Mohammad Redzuan berkata ini adalah kali pertama berlaku dalam sejarah PRK negara ini dan mampu menjejaskan kewibawaan suruhanjaya pengendali pilihan raya itu.

Kajian itu mendapati, 48 peratus pengundi Kajang bersetuju dengan kenyataan ‘pembuangan undi PRK Kajang yang dilengahkan menjejaskan kewibawaan SPR’ berbanding 13 peratus mengatakan tidak manakala 39 peratus lagi tidak pasti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan