20 Feb : Sejumlah 56 peratus daripada 576 responden yang ditanya oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMcedel) mengatakan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang pada 23 Mac ini, wajar diadakan.
Sebaliknya hanya 32 peratus menyatakan ianya tidak wajar dan bakinya 12 peratus adalah tidak pasti.
Pengarah UMcedel, Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman ketika membentangkan hasil kajian yang dibuat 14 dan 15 Februari itu berkata, data itu menunjukkan tidak timbul isu bahawa rakyat Kajang menolak PRK yang akan diadakan seperti yang dimainkan oleh sesetengah pihak dan media.
"Orang pun tahu, bila datang PRK banyak projek datang.
"Sekarang pun polis dah ramai turun di Kajang. Saya pun rasa lebih selamat sedikit dari sebelum ini.
"Kalau orang tak setuju itu sesuatu yang pelik lah," kata beliau.
Selain itu, kajian tersebut juga mendapati 50 peratus dari responden bersetuju bahawa PRK Kajang adalah untuk menyelamatkan pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.
Mereka juga menolak dakwaan bahawa PRK Kajang hanya satu pembaziran.
Hasil kajian tersebut juga mendapati 48 peratus bersetuju bahawa tempoh yang lama sebelum pengundian menjejaskan wibawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
"Tak pernah dalam sejarah SPR ambil masa sampai 60 hari.
"Dari percakapan responden kepada kita, mereka juga tidak boleh terima alasan SPR bahawa tak sempat bersedia kerana PRK Kajang ini mengejut," kata beliau lagi.

Anwar sebagai MB
Hasil kajian itu juga menunjukkan bahawa 59 peratus responden mengatakan wajar diadakan PRK Kajang bagi membolehkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Besar Selangor.
Sebaliknya hanya 18 peratus mengatakan tidak dan 24 peratus memilih tidak pasti.
Isu kritikal
Dalam pada itu, beliau juga merumuskan bahawa isu harga barang boleh memberi kelebihan kepada Pakatan Rakyat.
Sebaliknya isu kalimah Allah, dan pemberian BR1M tidak menjadi faktor besar untuk mendorong kemenangan kepada BN.
Bagaimanapun menurut Dr Redzuan, masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan kecenderungan pengundi kerana waktu kempen belum bermula.
Apatah lagi katanya, ketika ini hanya satu pihak sahaja yang sudah mula turun bertemu pengundi.
"Ada masa lebih kurang 20 hari lagi, dan dalam tempoh ini macam-macam boleh berlaku.
"Kita bercadang akan membuat satu lagi kajian selepas penamaan calon," kata beliau.
Mengulas soal calon beliau berkata, rata-rata pengundi mahu calon BN yang akan melawan Anwar haruslah juga seorang tokoh nasional yang dikenali.
"Bagi calon bebas, kalu dapat 100 undi tu pun pada saya sudah banyak," ujar beliau. HD
Tiada ulasan:
Catat Ulasan