SPECIAL ADS

26 Februari 2014

Selangor Ambil Alih Syarikat 4 Konsesi Air


26 Feb : Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan Kerajaan Pusatbagi membolehkan Selangor mengambil alih empat syarikat konsesi air di negeri itu dengan suntikan dana RM2 bilion bagi pengambil alihan saham-saham syarikat konsesi. 

MOU berhubung penstrukturan semula industri bekalan air Selangor itu ditandatangani di Kompleks Perdana Putra,Putrajaya.

Memorandum tersebut ditandatangani Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili yang mewakili Kerajaan Persekutuan, manakala kerajaan negeri Selangor diwakili Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyaksikan detik bersejarah tersebut.


Antara isi kandungan perjanjian tersebut termasuklah kerajaan negeri yang dipimpin Pakatan Rakyat (PR) akan membenarkan Putrajaya meneruskan pembinaan projek Loji Rawatan Air Langat 2.

“Alhamdullillah, penstrukturan air Selangor akhirnya tercapai. Ucapan terima kasih kepada Menteri KETTHA atas kerjasama yang diberikan,” kata Abdul Khalid.

Selain itu, Kerajaan Negeri juga akan memberikan pampasan bernilai RM9.65 bilion kepada empat syarikat konsesi air di Selangor.

Ekoran daripada pengambil alihan tersebut, satu konsortium air untuk menguruskan industri air di Selangor akan dibentuk di bawah seliaan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB).

Kerajaan negeri Selangor menjangkakan pengambil alihan syarikat konsesi tersebut akan selesai dalam tempoh tiga bulan. -selangkorku





ULASAN GB

Tahniah kerjaaan PR Selangor. Akhirnya berjaya juga untuk mengambil-alih syarikat konsesi air di Selangor demi kepentingan seluruh rakyat Selangor!

Syabas juga diucapkan kerana kejaaan kerajaan Selangor menawan SYABAS yang selama ini berdolak-dalik dan memperkotak-katikkan rakyat Selangor.

Terkedu lagi macai UMNO yang beberapa hari ini menjadi isu air Selangor sebagai bahan politik mereka untuk menghentam kerajaan PR Selangor.

KEBENARAN & KEADILAN akan tetap menang melawan KEBATILAN & KEZALIMAN. Yakinlah!!

KELAB GREENBOC

Tiada ulasan: