15 Feb : Laporan The Star kononnya pimpinan tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) sudah menyediakan surat peletakan jawatan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor, tidak benar.
Sebaliknya, Naib Presiden PKR, Tian Chua yang menyifatkannya sebagai pembohongan, percaya berita itu sebagai cubaan menutup kegagalan MCA meletakkan calon berwibawa untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang.
Mengingatkan pembaca bahawa MCA sebagai pemilik The Star, beliau berkata, Presiden baru MCA mengalami tekanan untuk memastikan kerusi itu bukan ditandingi parti lain dalam BN.
“Ia isyarat jelas betapa MCA gagal mendapatkan kedudukan politik dan boleh dianggap sebagai kapal politik yang tenggelam,” katanya pada kenyataan media, hari ini.
Laporan berita esklusif muka depan akhbar itu menyatakan kononnya Abdul Khalid enggan menandatangani surat peletakan jawatan itu yang bertarikh 23 Mac.
Berita yang memetik sumber itu melaporkan kononnya keengganan itu bakal menjejaskan rancangan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi menteri besar selepas memenangi PRK Kajang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan