SPECIAL ADS

10 Februari 2014

Perbezaan 3 Tun dengan Najib/Rosmah

11 Feb : Sikap gemar kemewahan dan cenderung pembaziran yang menjadi amalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor jauh berbeza dengan amalan Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abd Razak Hussein dan isterinya, Tun Rahah Mohd Noah serta bekas Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Ghafar Baba.

Bekas Ahli Parlimen Batu Berendam, Datuk Mohd Tamrin Abdul Ghafar yang juga anak kedua Ghafar berkata, sikap yang ditunjukkan Najib bukan sahaja menyalahi penggunaan aset kerajaan yang dibiayai dana awam, bahkan tidak prihatin tatkala rakyat tertekan dengan isu peningkatan kos sara hidup.

“Ketika rakyat tengah susah, harga barang naik tetapi Najib dan Rosmah tidak prihatin. Mereka pergi bercuti guna jet kerajaan ke Australia dan Amerika, tetapi Tun Razak ketika perjalanan terakhir ke London untuk berubat tidak benarkan Tun Rahah ikut kerana tidak ada jumbo jet, kena beli tiket kapal terbang.

“Tun Rahah tidak pergi akhirnya kerana ingin jimat dan tidak mahu guna dana kerajaan.

“Tetapi, hari ini saya ingat kerajaan berhutang tinggi sejak Najib jadi Perdana Menteri. Ini disahkan Tun Dr Mahathir.

Tiga kapal terbang dan dua helikopter dibeli membabitkan kos penyelenggaraan RM14 juta untuk minyak dan RM174 juta untuk penyelenggaraan setahun.

Sejak Najib jadi Perdana Menteri tidak pernah beliau menggunakan kapal terbang MAS,” katanya dalam ucapan di hadapan lebih 500 penduduk Kajang di Dataran Prima Saujana, di sini, baru-baru ini.

Tamrin turut menyentuh nukilan memori adik Perdana Menteri, Nazir Razak, apabila Tun Razak juga pernah menolak permintaan anaknya sendiri untuk membina sebuah kolam renang disebabkan tidak mahu dana awam milik rakyat disalah gunakan dengan sewenang-wenangnya.

Najib Tun Razak 2“Tun Razak beritahu kepada anaknya bahawa Seri Taman (kediaman rasmi Perdana Menteri ketika itu) mungkin rumah mereka tetapi rumah itu adalah milik kerajaan, maka ia juga hak rakyat. Nanti apa rakyat kata,” katanya.

Mohd Tamrin turut mengimbas kembali kisah beliau di alam persekolah, apabila beliau dan adik-beradik lelaki lain terpaksa mengayuh basikal setiap hari untuk ke sekolah walaupun bapanya menjawat jawatan Ketua Menteri Melaka ketika itu.

“Masa ayah saya jadi Ketua Menteri, kami adik-beradik lelaki pergi ke Sekolah Tinggi Melaka dengan berbasikal setiap hari.

Adik perempuan naik teksi walaupun ada kereta dan pemandu.

“Mak saya tanya ayah, mengapa tak pakai pemandu?

Mengapa susahkan budak pergi sekolah naik teksi, naik basikal.

“Jawab ayah saya, itu kereta kerajaan dan tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya, Hanya untuk kegunaan urusan kerajaan,” katanya.

Tiada ulasan: