Katanya, tawaran yang dibuat oleh sekumpulan NGO Islam, yang diketuai oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), semalam adalah
jelas satu perbuatan intimidasi jenayah dan menghasut keganasan, yang merupakan kesalahan di bawah Seksyen 503 dan Seksyen 505 daripada Kanun Keseksaan .
Setiap kesalahan tersebut, membawa hukuman maksimum penjara dua tahun, denda, atau kedua-duanya.
"... saya rasa pihak polis pasti boleh melihat video tersebut dan mereka perlu melakukan sesuatu mengenainya sekarang dan menangkap orang ini, siasat mereka dan bicarakan mereka.
"Malangnya ia tidak berlaku sekarang dan mereka bebas berkeliaran di jalan-jalan dan mungkin terus melakukannya lagi dan lagi," kata Fadiah ketika dihubungi hari ini.
Tawaran RM500 itu dibuat semasa satu bantahan semalam terhadap Teresa berhubung satu video Tahun Baru Cina. Jumlah pampasan tersebut selepas dilaporkan dinaikkan kepada RM1,200.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan