SPECIAL ADS

25 Februari 2014

Khalid Ibrahim tandatangan Mou dengan Najib, isu air Selangor selesai

26 Feb : Isu air di Selangor dijangka dapat diselesaikan dalam masa terdekat apabila Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) hari ini menandatangani Perjanjian Persefahaman (Mou) dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini.
Khalid dijangka menandatangani Mou berkenaan bagi membolehkan kerajaan negeri mengambil alih empat syarikat konsesi air di negeri berkenaan dengan suntikan dana RM2 bilion bagi pengambil alihan saham-saham syarikat konsesi.
Antara isi kandungan perjanjian tersebut termasuklah kerajaan negeri yang dipimpin Pakatan Rakyat (PR) akan membenarkan Putrajaya meneruskan Loji Rawatan Air Langat 2.
Selain itu, kerajaan negeri juga akan memberikan pampasan bernilai RM9.65 bilion kepada empat syarikat konsesi air di Selangor.
Ekoran daripada pengambil alihan tersebut, satu konsortium air untuk menguruskan industri air di Selangor akan dibentuk di bawah seliaan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB).
Kerajaan negeri menjangkakan pengambil alihan syarikat konsesi tersebut akan selesai dalam tempoh tiga bulan. TMI

Tiada ulasan: