SPECIAL ADS

19 Februari 2014

Waythamoorthy terjemahan akar umbi Umno marah Najib

20 Apr : Akibat daripada hilang kepercayaan terhadap pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dua menteri dari Umno bakal meninggalkan kabinet menjelang rombakan pada Jun nanti.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar menjelaskan, kedudukan Najib sebagai Perdana Menteri sudah berada pada tahap yang sukar untuk diselamatkan lagi.

Perkara ini jelas terbukti, bukan sahaja dua menteri yang bakal meninggalkan kabinet tetapi ada antara mereka yang berani mengkritik secara terbuka tentang pentadbiran Najib yang dilihat terlalu lemah tanpa sebarang tindakan tegas.

"Pentadbiran Najib ini seperti syok sendiri ataupun 'hidup segan, mati tidak mahu'.

"Beliau hanya melaungkan pembaharuan dan pelancaran idea, namum diperingkat pelaksanaan dan implementasi, hambar dan tidak mendatang apa-apa kebaikan serta kesan," katanya kepada Harakahdaily.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, pentadbiran Najib tidak ubah seperti NATO (No Action Talk Only), begitu juga inisiatif Program Tranformasi Ekonomi (ETP) yang diwar-warkan sebelum ini sehinggakan beliau (Najib) digelar sebagai 'Najibnomics'.

Tambah beliau lagi, di dalam Umno sendiri, mereka sudah mula tidak mempercayai kebolehan Najib dan dikalangan akar umbi Umno mereka kelihatan gusar jika Najib terus menjadi Perdana Menteri sehingga Pilihan Raya Umum ke-14.

Mahfuz juga menyeru kepada menteri berkenaan terus melepaskan jawatan sebagai tanda protes mereka dan tidak menunggu sehingga berlakunya rombakan kabinet.

Jelasnya lagi, mereka juga perlu mengemukakan undi tidak percaya terhadap Najib pada Persidangan Parlimen bulan Mac nanti dan mengemukakan usul agar parlimen menyerah kembali mandat kepada rakyat.

"Nampaknya kegelisahan akar umbi Umno ini sudah menular kepada menteri-menteri Umno, jadi saya tidak terkejut andai kata berlaku 'place coup' dalam Umno atau berduyun-duyun ahli-ahli Umno meninggalkan parti itu nanti," katanya. HD

Tiada ulasan: