SPECIAL ADS

14 Februari 2014

Mohd Taib sedia bantu Kerajaan Selangor

14 Feb : Mantan Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib bersedia menyumbang tenaga dan pengalamannya bagi membantu Kerajaan Selangor untuk kebaikan negeri tersebut.

Beliau ketika dihubungi Harakahdaily berkata, pengalaman yang ada sewaktu menjadi Menteri Besar Selangor sedikit sebanyak boleh membantu untuk kebaikan Tuanku Sultan, negeri serta rakyat. 

"Saya tidak kata ada saya pakar tetapi ada sedikit pengalaman ketika berada dalam Selangor. Sedikit sebanyak selok belok saya tahu apa yang menjadi keutamaan rakyat. 

"Bidang apa yang perlu ditekankan. Kalau diperlukan saya bersedia," katanya yang juga Timbalan Pengerusi Lajnah Penerangan dan Hubungan Media PAS Pusat.

Sebelum itu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mempelawa beliau untuk turut serta di dalam kerajaan Selangor bagi membantu pembangunan desa di negeri itu selepas PRK N25 Kajang.

Selain kepakaran pengurusan ekonomi Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, Anwar berkata kepakaran program desa yang dimiliki oleh Muhammad amat diperlukan dalam pentadbiran Selangor.

Anwar berkata demikian dalam satu ceramah di Kajang malam tadi.

Muhammad merupakan Menteri Besar Selangor antara 1986 hingga 1997 dan turut berkempen ke seluruh negara membantu PR semasa PRU13. HD

Tiada ulasan: