SPECIAL ADS

9 Februari 2014

MB : ‘Saya sudah janji bertindak telus, demi rakyat Selangor’

09 Feb : Keputusan menamatkan kontrak 22 kakitangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dibuat dengan kajian dan tidak boleh ditarik balik.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. menegaskan keputusan terbabit dibuat demi rakyat Selangor dan tidak akan teragak-agak untuk menunjukkan kepada mereka sebab tindakan itu dilakukan.
“Saya sudah membuat kenyataan akhbar bahawa sebagai Menteri Besar, mesti berjanji untuk berlaku telus. Saya sudah berjanji untuk menjaga kepentingan Selangor dan rakyat negeri ini.
mb khalid ibrahim etika golf 01“Saya tidak akan teragak-agak untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa sudah membuat keputusan demi mereka,” katanya selepas Majlis Penyerahan Watikah Penggerak Belia Tempatan (PeBT), di Stadium Kuala Selangor, di sini, semalam.
Abdul Khalid berkata, pihaknya mengamalkan pentadbiran yang telus dan bertanggungjawab.
“Setiap kputusan yang dibuat berdasarkan penyelidikan oleh pegawai yang brtugas di PKNS. Konsep penamatan kontrak, saya sudah meminta Setiausaha Kerajaan Negeri untuk memantau pelaksanaan itu.
“Ia dibuat supaya tidak ada orang yang gagal mendapat keadilan daripada usaha dilakukan. Bagaimanapun, PKNS harus melakukan sesuatu supaya perkara itu tidak diteruskan,” katanya.
IMG_0516Beliau berkata demikian bagi mengulas gesaan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, Azmin Ali yang mahu Abdul Khalid menggunakan PKNS sebagai senjata politik.
Abdul Khalid berkata, pihaknya tidak boleh memikirkan berkenaan kenyataan orang lain dan perlu melihat kepada kepentingan negeri.
“Kalau PKNS ingin satu kerjaya yang berterusan, mereka harus mengikut lunas ‘corporate governance’ yang mempunyai integriti dan kebertanggungjawaban.
“Oleh itu, tanggungjawab adalah di bawah enakmen, bahkan gesaan ini tidak ada kena mengena. Ibaratnya seperti menyuruh Tun Dr Mahathir atau Perdana Menteri kerana itu permainan bukan tindakan munasabah,” katanya. SK

Tiada ulasan: