SPECIAL ADS

27 Februari 2014

Isma: Malaysia hak Melayu

Menurut Isma, cari gali di Lembah Bujang menemui kesan sejarah tamadun maju Melayu Kedah Tua yang dianggarkan berusia seawal abad ke2 sebelum Masihi. – Gambar The Malaysian Insider, 27 Februari, 2014.
Naib Presiden II Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Abdul Rahman Mt Dali menuntut agar masyarakat antarabangsa mengiktiraf Malaysia sebagai warisan kaum Melayu kerana etnik itu jelasnya wujud lebih lama di benua ini daripada pelbagai kaum lain.
Berdasarkan hasil kajian penyelidik Melayu berprofail tinggi katanya, mereka telah mendedahkan asal usul kaum Melayu melalui kajian saintifik Mitochondrial DNA (MtDNA) yang menunjukkan genetik Melayu ditemui terbukti lebih awal wujud dari genetik kaum Cina dan India.
"Genetik Melayu berusia 60,000 hingga 70,000 tahun berbanding genetik Cina yang hanya berusia sekitar 40,000 hingga 45,000 tahun.
Rahman berkata, cari gali di Lembah Bujang, Kedah, oleh pasukan Arkeologi Universiti Sains Malaysia turut menemui kesan sejarah tamadun maju Melayu Kedah Tua yang dianggarkan berusia seawal abad ke2 sebelum Masihi."Benua Sunda yang berpusat di bumi Melayu yang kita pijak ini di sebut sebagai ‘The Cradle of Human Civilisation’ yang membiakkan kaum etnik lain. Maka sah, bumi ini asalnya adalah bumi orang Melayu," katanya.
"Jadi, sah sekali lagi bahawa bumi ini warisan kaum Melayu lebih awal dari Angkor Wat atau Borobudur.
"Oleh itu, kita mahu orang Cina, India atau sesiapapun tidak lagi mempersoalkan kedudukan Melayu.
"Kita juga mahu seluruh dunia mengiktiraf bumi Malaysia ini yang sebelumnya dikenali Malaya dan sebelumnya lagi dipanggil Tanah Melayu sebagai warisan Melayu dan hak Melayu," katanya lagi.
Maka, dengan memilih Islam sebagai agama anutan katanya, bumi Melayu ini melihat Islam adalah satu sistem bersepadu yang mencakupi seluruh aspek kehidupan.
"Islam adalah negara dan tanahair atau kerajaan dan rakyat. Islam adalah akhlak dan kekuatan atau rahmat dan keadilan, pengetahuan dan undang-undang atau ilmu dan kehakiman, benda dan harta atau pendapatan dan kekayaan.
"Islam adalah jihad dan dakwah atau tentera dan gagasan. Selain itu, Islam adalah aqidah yang sejahtera dan ibadah yang sahih."
Beliau turut menggesa pengiktirafan diberikan kepada Malaysia sebagai tanah Melayu seperti mana yang dilakukan kepada benua-benua lain di dunia.
"Kita mahu dunia mengiktiraf bumi ini sebagai warisan dan hak orang Melayu. 
"Sama seperti dunia mengiktiraf benua Cina adalah hak warisan orang Cina dan benua India hak warisan orang India, England untuk Inggeris, Ireland untuk orang Irish dan Germany untuk orang Jerman dan seterusnya.  
"Atau adakah orang Melayu tidak punya tanahnya sendiri?" soalnya.
"Sudah tentu inilah benua Melayu dan inilah tanah untuk kaum Melayu." TMI

Tiada ulasan: