Persoalannya patutkah wang rakyat ini dibelanjakan, yang dilihat ramai sebagai permainan politik PKR apabila wakil rakyatnya Lee Chin Cheh sengaja mengosongkan kerusi Dun Kajang pada 27 Januari lepas semata-mata mahu memberi laluan kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut penganalisis politik Prof Datuk Dr Zainal Kling, wang rakyat itu sepatutnya dibelanjakan untuk membantu rakyat tetapi malangnya RM1.6 juta itu terpaksa dibayar oleh rakyat untuk wayang politik Anwar di Selangor.
Secara perbandingan, jumlah itu mampu menampung Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) RM650 masing-masing kepada lebih 2,400 keluarga ataupun RM300 masing-masing kepada lebih 5,300 individu bujang di negara ini.
RM1.6 juta itu juga mampu menampung pemberian lebih 50 buah rumah percuma masing-masing berharga RM30,000 di bawah program perumahan rakyat kepada mereka yang kurang berkemampuan ataupun menampung pemberian percuma 16 buah rumah di bawah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia berharga RM100,000 sebuah.
"PKR secara jelas mempermainkan proses demokrasi di Selangor dengan kosnya ditanggung oleh wang rakyat sendiri, malah bukan setakat demokrasi itu dipermainkan malah rakyat sendiri dipermainkan mereka," kata Zainal yang juga Penyandang Kursi Tun Abdul Ghafar Baba Universiti Pendidikan Sultan Idris ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata sekiranya benar sekalipun PKR mempunyai masalah dalaman di Selangor, Anwar dan pemimpin PKR lain perlu menyelesaikannya di meja rundingan tanpa melibatkan penganjuran sebuah pilihan raya kecil membazirkan jutaan ringgit wang rakyat.
Semalam, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata PRK Dun Kajang bakal melibatkan 673 petugas serta 39,278 pemilih berdaftar dan penamaan calon ditetapkan 11 Mac manakala pengundian 23 Mac.
Abdul Aziz menjelaskan terdapat banyak faktor mempengaruhi kos PRK Kajang antaranya bilangan pengundi, keluasan kawasan pengundian, lokasinya di bandar atau di luar bandar dan jumlah petugas SPR, turut menegaskan suruhanjaya itu akan sedaya upaya meminimumkan kos PRK tersebut.
Bagaimanapun, di media sosial ada penyokong pembangkang mempersoal kos RM1.6 juta itu terlalu mahal untuk menganjurkan satu pilihan raya kecil, tetapi menurut Zainal mahal atau tidak, kos itu tidak sepatutnya dikeluarkan sekiranya tiada permainan politik daripada PKR sendiri.
Kerajaan Barisan Nasional, yang sering dikritik pembangkang kerana didakwa melakukan pembaziran dalam mentadbir negara, kini jelas nyata melaksanakan pelbagai usaha penjimatan pentadbiran serta langkah membantu rakyat dalam mengatasi kenaikan kos sara hidup.
"Tetapi ironinya sekarang dalam konteks ini, pembangkang yang dahulu mendakwa kerajaan membazir wang rakyat, sekarang melakukan pembaziran wang rakyat untuk permainan politik mereka pada PRK Kajang...ini wayang politik yang jelas tidak disenangi rakyat," kata Zainal.
Menarik perhatian, Anwar dilaporkan mengakui kos untuk menganjurkan PRK Kajang adalah suatu pembaziran sehingga mengarahkan jenteranya mengguna kembali poster pada pilihan raya lepas untuk berkempen.
Pembaziran itu juga tidak disenangi bekas Ketua Pemuda Pas pusat Nasarudin Hassan yang menyifatkan tindakan Lee mengosongkan kerusi itu sebagai tidak sah dan pencalonan Anwar seolah-olah memperjudikan wang rakyat.
Apapun tujuan sebenar Anwar selaku Penasihat PKR, mengatasi pertelingkahan antara Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ataupun meletakkan dirinya sebagai bakal Menteri Besar Selangor, PRK Dun Kajang bukanlah kali pertama beliau membazirkan jutaan ringgit wang rakyat demi keperluan politiknya.
Pada 2008 sebanyak RM1.5 juta wang rakyat terpaksa dibelanjakan bagi mengadakan PRK Parlimen Permatang Pauh di Pulau Pinang setelah isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meletak jawatan bagi memberi laluan kepada Anwar bergelar anggota Parlimen kawasan tersebut.
- Bernama
PRK Kajang Membazir, Kos Berjuta Sewa Jet Tidak Membazir ?
Kerajaan Pusat berbelanja lebih RM100 juta dalam tempoh tiga tahun untuk kos sewaan dan penyelenggaraan jet peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi program jelajah dan lawatan rasminya.
Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming berkata, kerajaan mengaku membelanjakan RM86.4 juta untuk kos sewa pesawat, kos penyelenggaraan (RM16.515 juta) dan untuk kos penambahbaikan jet (RM3.32 juta)
Selain itu, katanya, kerajaan juga menanggung perbelanjaan RM44.02 juta untuk membiayai kos lawatan luar negara Najib sejak 2008.
“Sebagai bandingan, Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong menaiki kelas pertama Singapore Airline ketika membuat lawatan ke luar negara dan ia menjimatkan jutaan wang rakyat.
“Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pula sentiasa duduk kelas ekonomi ketika menjelajah atau membuat lawatan...baca lagi
Idaman 78
Tiada ulasan:
Catat Ulasan