SPECIAL ADS

5 Februari 2014

Insuran kenderaan naik 15% Februari ini?

INSURAN_NAIK1
05 Feb: Seperti diingatkan KEADILAN dan Pakatan Rakyat sebelum ini, tahun 2014 akan dikenang sebagai tahun kenaikan harga barang dan perkhidmatan.
Terbaru, difahamkan syarikat-syarikat insuran bakal menaikkan kadar premium insuran kenderaan bermula 15 Februari 2014.
Laman web Myroadtax.com, syarikat dan ejen insuran dalam kiriman di laman webnya semalam memaklumkan menerima surat rasmi daripada persatuan Malaysian Takaful Association (MTA).
Dalam surat ‘New Motor Cover Framework – Gradual Premium Adjustment’,Bank Negara Malaysia telah meluluskan pelarasan tarif kepada ahli kumpulan insuran takaful berkuatkuasa 15 Februari 2014.
insurans-kereta-naik-bermula-15-februari-20142 - Copy“Kesan kenaikan harga ini adalahdomino effect kenaikan harga minyak , tol dan tariff elektrik. Berita terbaru adalah insuran kereta naik lagi,” laporan laman Myroadtax.com dipetik.
Bank Negara Malaysia (BNM) telah merangka Rangka Kerja Baru Perlindungan Motor (Rangka Kerja) dalam menangani isu struktur dalam sektor insurans motor.
Rangka kerja ini dikatakan membuka jalan untuk penghapusan tariff premium insurans kenderaan pada 2016, di mana kadar premium akan disesuaikan mengikut profil risiko kenderaan
Antara faktor kenaikan premium insuran kenderaan adalah tahap pemilikan kereta yang tinggi serta kadar kemalangan dan tuntutan di Malaysia yang meningkat dengan begitu ketara.
Di samping itu kenaikan kadar insuran ini juga disebabkan oleh kos rawatan di hospital, perbelanjaan perubatan dan kos membaiki kenderaan serta alat ganti yang telah meningkat. KD

Tiada ulasan: