SPECIAL ADS

5 Februari 2014

Pemimpin Umno digesa tidak simpan 'biawak hidup'

05 Feb : Para pemimpin Umno disaran supaya tidak lagi menyimpan 'biawak hidup' yang hanya berperanan menyerang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Gesaan itu dibuat bekas Setiausaha Umno Bahagian Bandar Tun Razak, Zaharin Mohd Yasin dalam entri di laman Facebooknya semalam.
Menurut Zaharin, salah satu kesilapan yang dilakukan para pemimpin Umno adalah "banyak sangat menyimpan 'biawak hidup'".
'Biawak-biawak hidup' itu, ujar beliau mendapat berbagai kemudahan dan habuan kewangan sedangkan hanya berperanan mencerca Anwar.
"Tetapi Anwar Ibrahim masih kuat dah 15 tahun tidak bergoncang. Berhentilah pembesar Umno menjaga biawak-biawak  ini. Orang Umno macam saya pun naik menyampah dah dengan 'biawak-biawak' ini," ujar beliau.
Bila ditanya seorang pengunjung laman Facebook siapakah yang dimaksudkan sebagai 'biawak-biawak' itu, Zahrain menjawab: "Dulu-dulu 'biawak' ini panglima Anwar Ibrahim dan sanggup mati."
Zaharin dikenali sebagai ahli Umno yang kritis. Blogger yang lebih dikenali sebagai Sang Kelembai itu dipecat dua kali daripada Umno (1996 dan 2006) kerana lantang mengkritik parti yang dianggotainya.
Beliau diterima kembali sebagai ahli Umno pada Mei 2009 selepas Majlis Tertinggi Umno yang dipengerusikan Datuk Seri Najib Razak menarik balik pemecatannya daripada parti.
Zaharin kini menjawat  Setiausaha Penyelaras BN P124 Bandar Tun Razak dan Ketua Umno Cawangan Sri Labuan. HD

Tiada ulasan: