SPECIAL ADS

6 Februari 2014

Promosi skim MES sepanjang PRK Kajang – MB

6 Feb : Kerajaan Selangor menjadikan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang bagi memperluas skim Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).
Ia termasuk subsidi tambang bas sekolah bagi meringankan beban ibu bapa dalam memastikan anak mereka tidak tercicir dari pendidikan.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kempen mempromosi skim yang dilancarkan empat tahun lalu, turut melibatkan Exco Selangor.
“Dalam PRK Kajang nanti, semua Exco kena turun padang tumpukan usaha memperluaskan lagi skim MES kepada penduduk yang memerlukan.
“Kita cari bas yang bawa anak kita ke sekolah untuk kerajaan berikan subsidi,” katanya pada majlis pertemuan bersama ketua-ketua kampung Selangor di sini hari ini.
DSC_0111
Pertemuan itu diadakan di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor di seksyen 7 Shah Alam.
Abdul Khalid berkata, usaha mempromosi dibuat di Kajang berikutan kesedaran rakyat untuk terlibat dalam program kebajikan kerajaan, lebih tinggi pada musim pilihan raya berbanding hari biasa.
Sehingga kini, kerajaan negeri sudah melancarkan 17 skim di bawah program MES sejak Pakatan Rakyat mula mentadbir Selangor.
Kerajaan Negeri juga membelanjakan lebih RM51 juta dalam program itu bagi manfaat rakyat Selangor.
Peruntukan menerusi program itu diadakan berterusan dan tidak terhad pada kempen pilihan raya seperti amalan Kerajaan Barisan Nasional (BN). SK

Tiada ulasan: