06 Feb : Kerajaan Selangor menafikan bertindak kejam dengan menamatkan perkhidmatan pekerja kontrak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) kerana ramai antara mereka mendapat pampasan yang tinggi.
"Kalau 'heartless' (kejam) tak bagi dua bulan. Setengahnya dapat lebih RM60,000," katanya kepada media hari ini.
Khalid merujuk kepada tindakan anak PKNS Holdings - anak syarikat PKNS - menamatkan kontrak lebih 20 pekerja mereka dengan notis 24 jam kerana 'pertindihan' jawatan antara pekerja tetap dan kontrak.
Bagaimanapun yang mereka terlibat membantah tindakan itu, malah Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Abdullah Sani Abdul Hamid melabel ia sebagai 'tindakan kejam'.
Ditanya jika masa penamatan perkhidmatan pekerja kontrak tersebut boleh menjejaskan PKR dalam pilihan raya kecil (PRK) DUN Kajang, Khalid yang juga pengarah PKR bagi PRK tersebut, berkata ia terpaksa dilakukan.
Katanya, penduduk Kajang akan menyukainya kerana beliau menjimatkan wang negeri dan bukan sahaja rakyat Kajang tetapi rakyat Selangor, kerana mereka mahu perkara yang betul dan telus.
Kena pada masanya atau tidak, Khalid berkata, dalam pengurusan, ia mesti dilakukan dengan cara yang berkesan dan telus.
Khalid, yang mungkin terpaksa memberi laluan kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi menteri besar sekiran Anwar menang PRK tanggapan bahawa ia adalah satu tindakan "sabotaj".
"Maka ia bermakna saya mensabotaj diri saya sendiri. Ia sama ada satu jenaka atau sesuatu yang serius!" katanya.
Khalid berkata PKNS akan mematuhi kontrak perkhidmatan setiap individu yang terlibat, dengan pampasan yang dijanjikan kepada 22orang yang kontrak mereka tidak diperbaharui. MK
Tiada ulasan:
Catat Ulasan