SPECIAL ADS

4 Februari 2014

Skandal 1Azam RM690 juta, lebih besar dari NFC

1azam
04 Feb: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, skandal 1Azam lebih besar dari penyelewengan Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) yang melibatkan dana awam berjumlah RM250 juta.
“Jika ‘meletup’, ia benar-benar memalukan Umno kerana pengkhianatannya lebih besar dari kes penyelewengan dana NFC.
“Jika pengkhianatan berlaku, kerajaan Persekutuan di bawah Umno-BN membiarkan rakyat termiskin diperalat untuk mengayakan beberapa pegawai yang pecah amanah,” kata Rafizi pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.
Menurut Rafizi, Laporan Tahunan Pemandu 2011 menyatakan, antara tahun 2010 dan 2011, kerajaan membelanjakan sehingga RM690 juta untuk program skim 1Azam yang dikelola Kementerian Pembangunan Wanita, Keluaga & Masyarakat.
“Saya tak terkejut ada campur tangan politik menghalang beberapa orang yang disiasat kerana disyaki menyeleweng Skim 1Azam daripada didakwa,” jelas Rafizi.
Beliau telah menulis surat kepada Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamad dan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang mendesak siasatan menyeluruh pelaksanaan skim 1Azam.
Justeru, Rafizi mendesak kuasa pertuduhan melibatkan kes penyelewengan diberikan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
“Selain memperkukuh undang-undang anti rasuah sedia ada, kita perlu meminda Perlembagaan agar kuasa pendakwaan diberi kepada SPRM.
“Ini satu kes yang cukup jelas walaupun SPRM yakin dengan siasatannya sehingga membuat pengumuman dua suspek ini akan didakwa di mahkamah.
“Dengan kuasa pendakwaan berasingan, perkara asas dapat dikembalikan. Tetapi apabila kuasa mendakwa berada di tangan Peguam Negara, perkara sama berulang,” katanya. KD

Tiada ulasan: