SPECIAL ADS

8 Julai 2014

DAP: Dedah hasil jualan tanah tambak

DAP Johor menuntut kerajaan mendedahkan hasil jualan tanah dari hasil penambakan laut di Selat Johor yang menyumbang kepada jumlah RM104 juta dalam bentuk pampasan untuk nelayan.

Seorang ADUN parti itu, Cheo Yee How serta anggota jawatankuasa DAP Johor, Mazir Ibrahim menuntut demikian bagi membuktikan sama ada jumlah pampasan tersebut berbaloi pada nelayan.

Kenyataan itu merujuk kepada nilai sebenar untuk setiap kaki persegi yang perlu dibayar oleh pemaju bagi perolehan tanah seluas 3,237 hektar itu.

Jumlah RM104 juta itu pula – dari jumlah kutipan 30 sen untuk setiap kaki persegi dari pemaju – merupakan dana yang akan disalurkan kepada nelayan yang terjejas.

"Jika nilai 30 sen yang ditetapkan ini adalah RM1 perkaki persegi daripada nilai jualan kepada pemaju, maka ia amat tidak berbaloi, sama ada kepada golongan nelayan mahupun kerajaan negeri .

"Oleh itu, kerajaan negeri harus mengkaji semula harga jualan mereka kepada pemaju.

"Namun, jika nilai 30 sen ini adalah dari harga RM10, RM15 atau lebih lagi bagi setiap kaki persegi, maka jumlah 30 sen ini dilihat terlalu kecil dan tidak munasabah.

"Maka kerajaan negeri harus menaikkan jumlah yang terlalu kecil ini agar ia setara dan dapat memberikan bantuan yang lebih komprehensif kepada keperluan nelayan yang terjejas teruk," kenyataan itu dipetik. MK

Tiada ulasan: