SPECIAL ADS

4 Februari 2014

Anwar: Selangor jadi model terbaik sebelum tawan Putrajaya

04 Feb : Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Pakatan Rakyat harus bersedia menjadi model meyakinkan rakyat Malaysia dari sudut pemerintahan kerajaan dan pengurusan ekonomi.
“Selangor harus jadi model perubahan supaya rakyat yakin Pakatan Rakyat boleh menawan Putrajaya.
“Selangor juga merupakan asas kekuatan bagi Pakatan Rakyat.
“Maka, KEADILAN, Pas dan DAP harus kuat di negeri ini,” kata Anwar pada pelancaran jentera pilihan raya kecil (PRK) N25 DUN Kajang di Dewan Orang Ramai Taman Mesra, 3 Februari lalu
Katanya, serangan politik Umno-BN dengan memainankan sentimen perkauman dan agama antara sebab mengapa beliau bertanding di DUN Kajang.
DSAI
Anwar berucap di Dewan Orang Ramai Taman Mesra Kajang, malam tadi
“Dulu di Kelantan Nik Aziz diserang dengan seluruh jentera musuh. Namun (Nik Aziz) dapat bertahan. Sekarang tumpuannya di Selangor dan Pulau Pinang.
“Isu kaum dipermainkan. Bila pergi ke kampung, orang Melayu ditakutkan kononnya menjadi alat dan mainan DAP.
“Oleh kerana hal berkaitan sensitiviti kaum dan agama diserang bertubi-tubi, maka telah sampai ketikanya pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat turut bersama menangani masalah ini.
“Meleraikan isu ini sekaligus menjadikan Selangor bukan sekadar model ekonomi yang baik, tetapi model negeri yang tegas mempertahankan hak setiap rakyat tanpa tolak ansur, “katanya.KD

Tiada ulasan: