04 Feb : Selangor perlu menjadi tapak pelancaran ‘Gelombang ke Putrajaya’ sebagai persiapan rapi merobohkan tembok kuasa yang kini masih di bawah Barisan Nasional (BN) kerana negeri itu kubu kuat Pakatan Rakyat (PR), .
Hal itu bermakna jentera pimpinan terutama di Selangor perlu diperkukuhkan bagi meyakinkan rakyat bahawa PR mampu meneruskan kesinambungan kecemerlangan pentadbiran negeri ke peringkat nasional.
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua, berkata pengukuhan itu merangkumi semua aspek demi kepentingan rakyat terutama melalui dasar kepedulian terhadap membela nasib mereka.
“Maksud saya adalah kita harus memperkukuhkan Selangor bukan sahaja pentadbiran tetapi daripada segi dasar sosial dan politik.
“Kita harus membuat persiapan yang cukup untuk menunjukkan bahawa ini adalah bayangan apabila mengambil alih Putrajaya dan itu dasar yang akan dilaksanakan.
“Bagaimana cara kita untuk meyakinkan rakyat bahawa PR akan membawa negara ini ke tahap yang sangat cemerlang dan mampu lakukannya bermula di Selangor,” katanya kepada Selangor Kini, di sini, hari ini.
Tian Chua berkata, perkara itu bukan menjurus kepada persoalan penubuhan ‘Kabinet Bayangan’ yang sering dibangkitkan pelbagai pihak apabila bercakap berkenaan fokus PR menerajui Putrajaya.
“Kita ingin tunjuk kepada rakyat bahawa mampu alih posisi untuk kebaikan semua. Berbeza dengan sesetengah parti, kedudukan itu adalah segalanya dan tidak boleh dialihkan.
“Orang pegang kedudukan dan letak kepentingan individu lebih tinggi daripada keperluan strategi. Matlamat kita jelas iaitumahu membawa perubahan besar yang memerlukan pengorbanan dan persefahaman yang erat di kalangan semua pemimpin,” katanya. SK
Tiada ulasan:
Catat Ulasan