SPECIAL ADS

25 September 2013

'56 tahun merdeka masih perlu perunding luar?'

protest israel penang 020109 teras president azmi abdul hamid
26 Sep : Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mempertikaikan tindakan kerajaan menggunakan khidmat perunding luar negara dengan bayaran RM20.56 juta untuk menghasilkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.

Menyifatkan perkara itu sebagai "skandal", presidennya Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, bukan sahaja bayarannya sangat tinggi, tetapi soalan yang timbul, kenapa kerajaan mengetepikan pakar dalaman untuk tujuan itu.

"Di manakah yang dikatakan Majlis Profesor Negara yang menghimpun ratusan ahli sarjana yang pakar dalam pelbagai bidang?" sindirnya, merujuk kepada bayaran kepada McKinsey and Co.

"Apakah mereka lebih rendah ilmunya untuk menjadi pemikir bagi melakar rancangan sistem pendidikan negara ini, lalu kita memerlukan orang luar untuk melaksanakan tugas ini?"

Dalam kenyataannya hari ini, Mohd Azmi (kiri) juga menimbulkan soal kebolehan syarikat itu, seperti yang dipersoalkan anggota Parlimen Serdang Ong Kian Ming, bahawa McKinsey tiada kepakaran khusus dalam bidang pendidikan.

Soalnya bagaimana keputusan dibuat untuk melantik perunding ini, apa tujuan dan untuk keperluan apa syarikat itu dilantik serta apakah kriteria syarikat perunding itu dipilih?

Justeru, Mapim berkata, rasional untuk memilih dan meluluskan perkhidmatan perundingan hendaklah dikaji semula, terutama yang melibatkan syarikat perundingan luar negara.

"Kami mendesak kerajaan menghentikan amalan ini dan segala pelantikan perunding yang melibatkan projek dan khidmat kerajaan hendaklah diutamakan syarikat tempatan. 

"Itu pun hendaklah dilakukan dengan telus dan dikawal selia dengan ketat supaya tidak berlaku penyelewengan dan pembaziran wang awam," katanya lagi.

1 ulasan:

Unknown berkata...

http://www.pendapatanpanas.com/?id=suribiz1m