24 Sep : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diingatkan tidak berkompromi dengan Amerika Syarikat (AS) berhubung isu Perjanjian Kerjasama Trans Pasifik (TPPA) menjelang kedatangan Presiden Barack Obama bulan depan.
Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar menegaskan, kedatangan Obama tidak boleh dilihat sebagai cara untuk Malaysia bersetuju dengan sebarang perjanjian tanpa mempunyai ratifikasi parlimen berhubung isu ini.

“Justeru, mana-mana pimpinan negara yang datang ke Malaysia tiada masalah untuk kita alu-alukan tetapi jangan sampai bersyarat,” ujar Ahli Parlimen Lembah Pantai itu dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Beliau mempersoal kesan positif Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) terhadap negara yang menandatanganinya dengan AS kerana akhirnya negara terlibat hanya mengalami defisit.
“Saya ulangi negara yang menandatangani FTA seperti Mexico, Peru, Korea Selatan, Singapura dan Australia, semuanya mengalami defisit selepas menandatangani FTA dengan Amerika Syarikat.
“Jadi manakah pengembangan pasaran saham dalam kes ini?”, soal Nurul Izzah. KD
Tiada ulasan:
Catat Ulasan