SPECIAL ADS

18 September 2013

Saksi pertama Tribunal Rakyat dedah pengundi hantu dalam satu bas

18 Mei  : Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago menjadi saksi pertama prosiding Tribunal Rakyat, sebuah inisiatif Gabungan Pilihan Raya Bebas & Adil (Bersih 2.0) bermula 18 hingga 22 September.
Charles dalam keterangannya mengemukakan aduan berhubung pendaftaran 60 pengundi pada satu alamat di kawasan Parlimen Klang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 lepas.
Jelas Charles, beliau turut mengemukakan aduan berkenaan pengundi diragui kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) namun pihak SPR menyatakan nama pengundi-pengundi ragu itu sudah gazetkan dan tidak boleh dikeluarkan.
charles
Charles juga mendedahkan terdapat pekerja asing yang dibayar oleh pihak tertentu bagi mengundi pada PRU lepas. Beliau juga turut mendedahkan kepada tribunal insiden orang ramai di Pandamaran yang menahan bas dipercayai menjadi pengundi hantu pada 5 Mei lepas.
Kira-kira 100 orang mengikuti perjalanan prosiding tribunal itu yang bertempat di Throne Room, Hotel Empire, Subang Jaya yang bermula dari jam 9 pagi hingga 5 petang.
Ianya turut disiarkan secara langsung di TVSelangor pada pautan www.selangorku.com dan melalui radio rasmi Tribunal Rakyat di pautan www.radiobangsarutama.com.
Enam individu ternama yang berkelayakan akan menganggotai Tribunal ini, tiga dari luar negara dan tiga dari Malaysia.
Mereka akan duduk bersidang untuk menerima, meneliti dan menyiasat laporan orang ramai dan akhirnya mereka akan mengeluarkan laporan kepada umum.
Tiga individu dari luar negara ialah bekas Wakil Khas Setiausaha Agung PBB di Kemboja, Yash Pal Gai, bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Indonesia, Ramlan Surbakti dan Kraisak Choonhavan, bekas Presiden ASEAN Inter-Parliamentary Myanmar Caucus (AIPMC).

Tiada ulasan: