SPECIAL ADS

20 September 2013

Chin Peng 'tak pernah kesal'

20 Sep : Anas Abdullah ketika menyusuri semula kenangannya ke atas Chin Peng berkata, pemimpin Parti Komunis Malaya itu tidak menyesali tindakannya.
"Dia tidak pernah rasa kecewa. Apa yang dilakukannya adalah betul. Menentang penjajah tidak salah,” kata Anas yang mengenali Chin Peng sejak 56 tahun lalu.

NONE“Dia terpaka meneruskan pemberontakan selepas Rundingan Baling kerana Tunku (Abdul Rahman Putra) tidak membenarkan kami bebas.

"Anggota PKM perlu melapor diri ke balai polis, seolah-olah kami penjenayah. Ia tidak boleh diterima,” kata Anas, 56.

Anak kepada Abdullah Sudin, pemimpin Rejimen ke-10 itu berkata, Chin Peng tidak bercakap mengenai kekesalan, ketika beliau mengunjungi pemimpinnya itu di hospital pada minggu lalu.

"Chin Peng bersemangat dan optimis, walau dengan satu tiub terpasang di rongga hidung, dia menegur saya. Dia kenal saya dan nampak gembira,” katanya yang memanggil Chin Peng dengan timangan 'Pak Cik'.

Perbualan itu singkat sahaja dan Chin Peng pada masa itu nampak keletihan, kata Anas.

Namun, walau terbaring menunggu ajal, Chin Peng tidak pernah menunjukkan bahawa beliau akan mengambil tindakan yang berbeza daripada apa yang telah berlaku.

Beliau mengingati Chin Peng sebagai individu yang mudah didekati dan gemar bermain harmonica.

Katanya, beliau bergegas dari Kampung Sukhirin, di Selatan Thailand, sebaik menerima khabar bahawa Chin Peng meninggal dunia, pada 16 September lalu. MKini

Tiada ulasan: