SPECIAL ADS

18 September 2013

MB: PM perlu jelas kegagalan DEB

mb khalid ibrahim kongres ke 9 PKR 02
18 Sep  : Disebalik peruntukan berbillion ringgit dengan pelbagai retorik memperkasa pembangunan Bumiputera, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak disaran memberi penjelasan yang tepat mengapa Dasar Ekonomi Baru (DEB) sebelum ini gagal menempatkan golongan majoriti itu di tempat yang membanggakan.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata orang-ramai mempersoalkan mengapa kedudukan Bumiputera kekal rapuh dengan jurang sosioekonomi semakin melebar, serta memerlukan sokongan Kerajaan biarpun DEB sudah lama dilaksanakan.
“Kerajaan sewajarnya mengkaji kelemahan-kelemahan yang ada terlebih dahulu sebelum mengubal dasar baru,” ujarnya.
Abdul Khalid berkata demikian sebagai respon terhadap pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abd Razak mengenai langkah dan strategi baru memperkasa ekonomi Bumiputera menerusi penubuhan Majlis Ekonomi Bumiputera.
Abdul Khalid berkata usaha membangunkan sosioekonomi bumiputera tidak akan tercapai sekirannya Kerajaan masih memberi peluang kepada golongan ‘rentier class’ seperti dasar-dasar sebelum ini.
Abdul Khalid menambah, Kerajaan seharusnya mengubal sebuah dasar yang prihatin kepada Bumiputera dan bukannya melanjutkan survival politik mana-mana individu.
“Dasar Ekonomi Baru sebahagiannya telah memberi peluang kepada ‘rentier class’. Mereka tidak melaksanakan projek-projek diberikan sebaliknya menjalankan projek dengan cara usahasama yang mana sebahagian besar daripada kerja-kerja tersebut dilakukan oleh orang bukan Melayu.
“Keuntungan besar yang tidak berasaskan ‘value for money’ akan menyebabkan kontrak-kontrak itu dijual (alibaba),” jelas Abdul Khalid.

Tiada ulasan: