SPECIAL ADS

18 September 2013

Akta Rahsia Rasmi diguna untuk kayakan kroni?

18 Mei : Walaupun cadangan dari Transparency International - Malaysia ini amat baik terutama bagi mengurangkan amalan rasuah atau dikenali sebagai komisyen..

Namun selagi negara diperintah oleh UMNO dan juga Barisan Nasional jangan harap ianya akan dilaksanakan..

Kerana jika tiada Akta Rahsia Rasmi (OSA) ini segala pembelian kelengkapan ketenteraan akan terdedah kepada umum.

Tapi dalam hal ini aku yakin tiada rakyat yang akan pertikaikan sebab-sebab kelengkapan perang diperolehi oleh negara.

Cuma yang sering dipertikaikan ialah mengapa apa saja peralatan atau kelengkapan pertahanan yang negara kita beli harganya kebanyakkannya merupakan yang termahal didunia.

Sedangkan spesifikasinya bukanlah yang tercanggih didunia.. contohnya ialah pembelian Helikopter Sikorsky dan juga Torpedo.. sila baca di SINI .. kereta perisai juga termahal didunia.. baca di SINI

Dan banyak lagi..

Persoalannya sekarang ialah.. Akta Rahsia Rasmi yang ada digunakan untuk melindungi pembelian peralatan ketenteraan atau melindungi jumlah komisyen yang disapu oleh kroni?

Sedangkan diera IT ini segala maklumat mudah diperolehi diinternet....

Ini apa yang dilaporkan oleh Malaysiakini..

... Malaysia mengalami kemerosotan dan dianggap mempunyai risiko tinggi berlakunya amalan rasuah dalam perbelanjaan pertahanan dan pengoperasiannya, menurut kajian antirasuah badan pemerhati antarabangsa.

Menurut Transparency International - Malaysia (TI-M), Malaysia jatuh daripada kedudukan D (tinggi) kepada E (sangat tinggi) risiko dalam kajian yang dijalankan cabang NGO itu di UK.

Ia sekali gus meletakkan negara ini sekumpulan dengan China, Afghanistan, Rwanda, bahkan Singapura. Justeru, dalam kenyataannya, TI-M mencadangkan kerajaan meningkatkan ketelusan dalam perolehan barangan keselamatan, melibatkan peranan Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU).  

"TI-M mendesak anggota Parlimen daripada kedua-dua parti pemerintahan dan pembangkang menolak agenda ketelusan lebih jauh ke depan dan mengetepikan Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 dan memperkenalkan Akta Kebebasan Maklumat," katanya.


Tiada ulasan: